ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori rempuh bas persiaran, lima penumpang selamat

Berita Tempatan

Views

Lima penumpang bas persiaran berdepan detik cemas selepas bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 345.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, malam tadi.

Harian Metro melaporkan, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 11.05 malam.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor serta Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) BBP Slim River dikejarkan ke tempat kejadian.

Sejurus tiba di tempat kejadian mendapati terdapat lori muatan tiga tan dipercayai terbabas lalu melanggar bas persiaran terbabit.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

Terdapat lima penumpang di dalam bas terbabit bagaimanapun selamat. Beliau berkata pemandu lori berusia 40-an mengalami kecederaan manakala kelindannya pula tidak cedera.

Mangsa yang selamat diberi rawatan awal manakala individu cedera di bawa ke hospital untuk menerima rawatan. Operasi tamat pada jam 12.00 tengah malam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bomba Perak

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply