ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori simen terbalik hempap Kelisa, seorang wanita maut

Berita Tempatan

Views

Wanita maut tersepit dalam kereta selepas kenderaannya dihempap sebuah lori simen yang dipercayai mengalami kerosakan brek di persimpangan lampu isyarat Jalan Sri Cemerlang, di Kota Bharu, petang semalam.

Berita Harian melaporkan, dalam nahas kira-kira jam 4.10 petang itu, mangsa, Roslina Anat Lat, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali, berkata lori Nissan yang membawa muatan simen itu dipandu dari arah Pengkalan Chepa menghala ke Jalan Sri Cemerlang.

Katanya, setiba di lokasi, pemandunya menyedari brek lori gagal berfungsi dan mengambil keputusan membelok ke kiri untuk mengelak terlanggar kenderaan di hadapan.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Tambahnya, ketika membelok, kenderaan berat itu tiba-tiba terbalik lalu menghempap kereta Perodua Kelisa dipandu mangsa yang berhenti di lampu isyarat laluan bertentangan.

Akibat kemalangan, mangsa yang tersepit di dalam keretanya meninggal dunia di lokasi kejadian. Mohd Suhaimi berkata, mangsa yang cedera pada dada dan kaki dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

Katanya, kemalangan turut membabitkan sebuah lagi kereta iaitu Honda Civic namun pemandunya tidak cedera.

Kemalangan disyaki berpunca daripada kecuaian pemandu lori dalam memastikan kenderaannya selamat dikendalikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.12 petang sebelum 15 anggota dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba, pihaknya dapati sebuah lori menghempap sebuah kereta dan muatan simen yang dibawa kenderaan berat itu tumpah dan memenuhi kereta yang dipandu seorang wanita.

Operasi sedikit sukar kerana keadaan bumbung kereta yang kemek dan mangsa tersepit, ditambah dengan muatan simen yang turut tumpah atas mangsa.

Pihak bomba menggunakan pemotong hidraulik serta beg udara untuk mengeluarkan mangsa dan masa diambil untuk operasi itu adalah setengah jam dengan bantuan kren.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply