ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori terlanggar perancah besi bukan milik SUKE

Berita Tempatan

Views

Lori mengangkut kren yang terlanggar perancah besi pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Desa Tun Razak, petang tadi tidak terbabit dalam projek pembinaan itu.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Menurut Harian Metro, SUKE dalam kenyataan berkata, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd, pemaju bagi projek pembinaan SUKE mengesahkan terdapat satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE, hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati lori itu tidak terbabit dalam pembinaan lebuh raya SUKE. Kemalangan berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan menyebabkan kesesakan trafik yang teruk.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Tambah kenyataan itu, pasukan bomba sedang berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan. Pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa. Insiden ini menyebabkan sebuah van kilang dihempap runtuhan perancah besi berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 6 petang. Difahamkan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap telah pun selesai malam ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply