ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lorong RFID akan mula beroperasi di Lebuhraya PLUS dan LPT2 bermula 1 April 2020

Berita Tempatan

Views

Ini tiada mengena dengan April Fool ye! Menerusi satu kenyataan media, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan, bermula 1 April 2020 pihaknya akan menawarkan kemudahan pembayaran RFID di kesemua 83 tol sistem tertutup dari Utara ke Selatan, termasuk Lebuhraya LPT2 sepanjang Pantai Timur.

Ia selaras dengan visi Kerajaan untuk melaksanakan Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), sekali gus menandakan penyempurnaan ekosistem lebuh raya yang menggunakan sistem RFID sepenuhnya. Kemudahan ini menawarkan pelanggan kemudahan transaksi tol tanpa tunai, tambah nilai melalui perbankan internet dan E-dompet, selain tidak perlu lagi membeli bateri untuk SmartTAG.

PLUS telah melaksanakan operasi sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya sejak tahun 2017 dan industri lebuh raya mengalu-alukan penggunaan RFID sebagai satu sistem pembayaran tanpa tunai di kesemua lebuh raya sistem terbukanya pada Ogos 2018.

Semenjak 36 bulan yang lalu, PLUS telah menyelaraskan sistem RFID bersama Touch ‘n Go, di mana ianya telah membawa kepada pelaksanaan di 10 plaza tol sistem terbuka pada 1 Januari 2020 dan bermula April 2020 ini, seluruh rangkaian lebuh raya PLUS (semua plaza tol sistem terbuka dan tertutup) akan menerima pembayaran melalui RFID.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail mejelaskan, pihaknya menjangkakan peningkatan dalam permintaan RFID, khususnya di kalangan 1.7 juta pelanggan lebuh raya hariannya. Dengan tawaran perkhidmatan RFID di PLUS, laluan perjalanan akan menjadi lebih lancar kerana kini laluan lebuh raya dalam dan luar bandar telah terhubung.

Menurut Datuk Azman, usaha untuk memperluas kegunaan RFID di lebuh raya PLUS selari dengan kehendak dan keperluan pengguna lebuh raya masa kini agar transaksi tol dapat dilaksanakan dengan mudah tanpa sebarang kerumitan serta lebih lancar di plaza-plaza tol.

Tambah beliau, menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan dengan sebarang kesukaran untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara atas talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada Tag RFID yang dipasang pada kenderaan.

Walaupan transaksi tol menggunakan RFID diperkenalkan, transaksi tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi boleh diterima di plaza-plaza tol bagi memudahkan pelanggan lebuh raya mengambil masa untuk bertukar kepada RFID dalam tempoh jangka masa tahun ini.

PLUS menasihatkan agar para pelanggan segera memasang pelekat Tag RFID di pusat-pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara. Pelanggan lebuh raya PLUS boleh mengunjungi pusat pemasangan pelekat RFID (RFID Fitment Centres) yang disediakan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd bagi mendapatkan pelekat RFID Touch ‘n Go.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Maklumat lanjut mengenai lokasi pusat pemasangan tersebut boleh diperolehi melalui pautan di https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres. Pusat pemasangan Tag RFID akan turut dibuka di kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih bermula 13 Mac bagi membolehkan pelanggan lebuh raya untuk membuat pemasangan pada kenderaan masing-masing.

Senarai Pusat Pemasangan Tag RFID di R&R adalah seperti berikut:-

Lembah Klang/Wilayah Tengah

NoLokasiWaktu Operasi
1Restoran Jejantas Sungai Buloh (Kedua-dua Arah)10:00 pagi – 6:00 petang

Isnin hingga Ahad

2R&R Seremban (Kedua-dua Arah)
3R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)10:00 pagi – 6:00 petang

Jumaat, Sabtu & Ahad

4R&R Tapah (Kedua-dua Arah)
5RTC Gopeng RTC di Hentian Sebelah Simpang Pulai

Wilayah Selatan

NoLocationWaktu Operasi
1Restoran Jejantas Ayer Keroh (Kedua-dua Arah)10:00 pagi – 6:00 petang

Jumaat, Sabtu & Ahad

Wilayah Utara

NoLocationWaktu Operasi
1R&R Gunung Semanggol (Arah Utara)10:00 pagi – 6:00 petang

Jumaat, Sabtu & Ahad

2R&R Gurun (Kedua-dua Arah)

 Pantai Timur 

NoLocationWaktu Operasi
1R&R Temerloh (Kedua-dua Arah) (LPT1)10:00 pagi – 6:00 petang

Jumaat, Sabtu & Ahad

2R&R Kuantan (Kedua-dua Arah) (LPT1)

Sementara itu, sebanyak 173 lorong RFID (termasuk 131 Lorong Khas RFID) akan dibuka di 83 buah plaza tol di Lebuhraya PLUS bermula 1 April 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply