ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus Elise generasi baharu akan diperkenalkan pada tahun 2020

Views

Autocar melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Jean-Marc Gales mengesahkan pengeluar kereta sport British itu bakal memperkenalkan model genarasi baharu Elise pada tahun 2020. Model tersebut merupakan model serba baharu pertama mereka sejak Gales menerajui syarikat tersebut dan walaupun saiznya akan menjadi lebih besar, namun beratnya masih tidak melebihi 1,000 kg.

Model ini akan menggunakan casis aluminium yang dinaik taraf dan tidak seperti model sedia ada, model baharu ini nanti akan dibangunkan untuk mematuhi peraturan kemalangan di Amerika Syarikat, sekaligus ia membuka ruang untuk model tersebut bertapak di negara yang mempunyai pasaran kereta sport terbesar di dunia.

Setakat ini tiada maklumat terperinci didedahkan tetapi menurut Gales, Lotus dijangka menjual sekitar 4,000 unit Elise 2020 setahun apabila ia dilancarkan. Kira-kira dua tahun selepas itu, barulah Lotus Exige serba baharu diperkenalkan. Buat masa ini Lotus akan meneruskan pembangunan dan menambah baik model sedia ada Elise, Exige dan Evora.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Menarik.. Elise generasi baru yang akan diperkenalkan pada 2020 akan peroleh 5-bintang EURO NCAP.. Elise sport EV juga akan diperkenalkan.. Berat Elise kekal dibawah 1000kg walaupun dilengkapi gadjet dan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.. Jangkaan awal Elise generasi baru akan menggunakan enjin 2.0L/1.5L supercharged GDI dan enjin elektrik berkuasa dibawah 250hp..


  • Falsafah lotus adalah membina kenderaan sport ringan. Lotus boleh mengemaskan lagi model²nya.
    1 – Elise kereta sport ringan di bawah 1000kg dengan kuasa dibawah 250hp.
    2 – Exige pula kereta sport ringan dibawah 1200kg dengan kuasa dibawah 500hp.
    3 – Evora pula kereta super sport ringan dibawah 1400kg dengan kuasa dibawah 1000hp.

    Barisan model baru pula
    1 – sport utility vehicle ringan subcompact (b) kurang 1000kg dengan kuasa dibawah 250hp.
    2 – Manakala SUV ringan compact (c) kurang 1200kg dengan kuasa dibawah 350hp.
    3 – Kemudian SUV ringan saiz penuh (d) kurang 1400kg dengan kuasa dibawah 450hp.

    *Boleh juga perkenal super SUV bersaiz besar(large) 8 seater kurang 2000kg dengan kuasa dibawah 1000hp. Tetapi sudah lari dari falsafah membina Kenderaan sport ringan.


    • No.3 SUV mid-size (D)..
      *Super SUV full-size(large) 7/8 seater kebanyakannya berat melebihi 2500kg dan wheelbase melebihi 3000mm.. Jika kurang dari 2000kg ianya amat menakjubkan..

Leave a Reply