ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus lancar model berenjin pembakaran dalaman terakhir, Emira – Dua pilihan enjin, AMG A35 dan Toyota V6

Berita Global

Views

Secara rasminya, Lotus melancarkan model berenjin pembakaran dalaman terakhirnya, Emira hari ini. Ia merupakan persediaan awal Lotus untuk beralih kepada model dengan pilihan penjana hibrid, termasuk kereta sport dan crossover elektrik sepenuhnya pada masa akan datang.

Emira boleh lah dikatakan sebagai model pengganti Evora dan ia bakal berentap dengan model seperti Porsche 718 Cayman apabila mula memasuki pasaran Eropah pada musim bunga 2022 dan Amerika Syarikat pada hujung tahun yang sama.

Model ini dibangunkan dari casis aluminium terikat dan terpaku terbaharu dari Lotus. Saiznya pula hampir sama dengan Evora. Meskipun kereta sport seberat 1,405 kg ini berkongsi jarak gandar yang sama (2,575mm) dengan Evora, ia lebih panjang 20mm di antara bahagian depan dan bampar belakangnya.

Dua pilihan enjin ditawarkan, dan buat julung kalinya Lotus menggunakan enjin 2.0-liter tubocas empat silinder sebaris dari Mercedes-AMG. Difahamkan enjin ini dikongsi dari model Mercedes-AMG A35 yang mampu menghasilkan 302 kuasa kuda.

12 Kereta Rare Bawah RM5K - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Beberapa perubahan asas telah dibuat, antaranya sistem kemasukan udara dan ekzos baharu yang membolehkan kuasa enjin ini melonjak sekitar 360 kuasa kuda. Lotus bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah daya kilasnya, namun ia dijangka lebih baik dari A35.

Enjin ini memacu roda belakang menerusi kotak gear tujuh-kelajuan dwi cekam AMG. Kombinasi ini membolehkan Emira memecut dari 0-100 km/j kurang dari 4.5 saat. Jika anda tidak berminat dengan enjin Eropah, anda boleh memilih enjin 3.5-liter V6 dari Toyota.

Ia ditawarkan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau enam-kelajuan automatik. Menurut Lotus, ia mampu menjana 395 kuasa kuda dan 317 lb ft daya kilas, namun kuasa dan daya kilasnya sedikit rendah berbanding model Evora GT410.

Kelajuan tertingginya mampu mencecah 290 km/j dan difahamkan ia mampu mencatat kelajuan dari 0-100 km/j dalam masa 4.2 saat, hampir sama dengan Evora. Dari segi reka bentuk, model ini banyak dipengaruhi dari gaya rekaan model hypercar elektrik Evija terutama sekali lekuk pada bonet dan corong kemasukan udara pada sisi panel belakang.

Bentuk susunan lampu hadapannya juga banyak dipengaruhi dari bentuk mata Evija. Di bahagian dalam, ia tidak lagi seperti model Lotus terdahulu yang sangat minimalis dan seakan ‘togel’. Kali ini, kita dapat melihat ruang kabin yang cukup moden dan bergaya dengan pemilihan bahan yang premium.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jika anda perasan, besar kemungkinan skrin infohiburan bersaiz 10.25-inci di tengah papan pemukanya berkongsi komponen yang sama dengan model Proton X50, namun ia menggunakan Android Auto dan Apple CarPlay. Satu lagi skrin berada di belakang stereng pula berfungsi sebagai paparan meter digital.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan tempat duduk standard dengan empat tetapan pelarasan secara elektrik, kemasukan tanpa kunci, kawalan jelajah, pengelap cermin dengan penderia hujan, cermin sisi boleh lipat elektrik, serta penderia parkir hadapan dan belakang.

Meskipun ia sebuah kereta sport, dari segi keselamatan ia dilengkapi dengan pakej Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi kawalan jelajah adaptif, brek automatik, amaran keletihan, amaran berlepas lorong dan banyak lagi.

Kereta sport ini juga lebih praktikal dengan ruang meletak cawan pada pintunya boleh memuatkan botol soda 500 ml. Di belakang tempat duduknya mempunyai ruang sebesar 208 liter dan menurut Lotus ruang bagasi 151 liter di belakang enjin sudah cukup besar untuk mengisi sebuah beg bagasi atau set golf.

Harga jualan Lotus Emira dijangka tidak melebihi £60,000 (RM344,377) dan jika anda berkemampuan, model apakah yang anda pilih, yang ini atau Porsche 718 Cayman?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply