Selepas pengenalan model-model terbaharu seperti Evija dan Emira, pengeluar kereta sport terkemuka British, Lotus kini mula mengusik jiwa warganet dengan menyiarkan video acah, model SUV pertamanya yang buat masa ini diberi nama Type 132.
Model crossover elektrik segmen-E ini bakal diperkenalkan pada tahun hadapan. Tiada sebarang maklumat terperinci mengenai model berkenaan, hanya video acah pendek yang memaparkan pengatup jeriji aktif berbentuk komposisi segi tiga.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Klip video itu turut memaparkan sedikit imbasan rekaan bampar yang agresif dan pembahagi (splitter) hadapan dari bahan gentian karbon.
Lotus masih lagi ‘membisu’ mengenai model tersebut, namun difahamkan pengatup jeriji aktif itu adalah “penyelesaian pengurusan udara tulen Lotus dengan dua tujuan – untuk penyejukan dan aerodinamik hadapan yang dipertingkatkan.”
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Type 132 bakal menjadi teras utama bagi produk-produk lain seperti model coupe empat-pintu segmen-E, Type 133 pada 2023 yang kemudiannya disusuli oleh SUV segmen-D, Type 134 pada 2025 dan sebuah kereta sport elektrik Type 135 pada 2026.
Kesemua model yang dikenali dengan nama “kenderaan gaya hidup premium” ini akan dibangunkan dari seni bina Premium Lotus yang menyokong kenderaan segmen-C hingga ke E dengan jarak antara gandar antara 2,889 hingga 3,100 mm.
Model SUV elektrik ini nanti bakal menggunakan pek bateri 92 hingga 120 kWh dan menampilkan teknologi 800-volt bagi meminimakan masa pengecasan. Lotus turut berkata, sebahagian daripada kenderaan yang berasaskan pelantar tersebut mampu memecut dari 0-100 km/j kurang dari tiga saat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
KOMEN TERKINI