Polis sedang mengesan seorang pembuli jalan raya yang meludah kenderaan seorang wanita di persimpangan Jalan Lapangan Terbang Lama menghala ke Jalan Dewan Bahasa di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Berita Harian, insiden dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati lelaki terbabit yang memandu sebuah Perodua Myvi terhadap cara pemanduan mangsa yang turut memandu kenderaan jenis sama.
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata lelaki berusia 20-an itu dikatakan mengekori kenderaan mangsa sebelum memotong dan memberhentikan kenderaannya secara mengejut.
Jelas beliau, supek yang tidak dikenali itu kemudian turun daripada kenderaannya sambil memarahi mangsa sebelum meludah pada kenderaan mangsa.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Sehubungan itu, mangsa yang berusia 26 tahun tampil membuat satu laporan polis pada jam 2.30 petang tadi.
Amihizam berkata pihak polis sudah merakam keterangan mangsa dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan yang dipandunya.
Pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian ini, justeru mereka perlu merakam keterangan suspek untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
KOMEN TERKINI