ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mabuk teruk sampai pandu lawan arus

Berita Tempatan

Views

Ada lagi kes melibatkan pemandu mabuk dilaporkan oleh Harian Metro sebentar tadi. Seorang lelaki mabuk yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan telah berjaya diberkas polis di Plaza Tol Sungai Dua, arah utara, dekat Kepala Batas, hari ini.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Dalam kejadian 6 pagi itu, suspek seorang jurutera berusia 64 tahun memandu dari Relau, Bayan Lepas dan mahu pulang ke hotel penginapannya di Pulau Tikus. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, dia kemudian dipercayai tersalah jalan dan masuk ke Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Tambah beliau, sebaik tiba di Tikam Batu, lelaki berkenaan tersedar dia tersilap jalan dan berpatah balik dengan memandu secara melawan arus di lebuh raya itu. Lelaki itu kemudiannya memandu sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua sebelum ditahan polis.

Noorzainy berkata, suspek yang berasal dari Negeri Sembilan itu dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol sebelum ditahan untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Harian Metro

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply