ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mabuk teruk sangat, sampai tertidur atas motosikal tepi jalan

Tular

Views

Seorang lelaki yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk, tertidur di atas motosikal di tepi sebatang jalan yang sibuk, lapor portal berita Okezone baru-baru ini.

Kejadian berlaku pada Jumaat lalu di Kota Tangerang, wilayah Banten, yang menyebabkan polis tiba untuk memeriksa keadaannya.

Menurut Ketua Polis Metro Tangerang, Komisioner Zain Dwi Nugroh, pihaknya mendapat laporan penduduk setempat bahawa ada orang sedang tidur di atas motosikal di laluan jambatan.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Tambahnya, pihak polis bertindak dengan pantas dan melihat keadaan lelaki itu serta mengejutkannya daripada tidur untuk keselamatannya.

Selepas dia dikejutkan, polis mendapati lelaki itu tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah.

Dia disahkan tidak melakukan sebarang aktiviti jenayah namun, tindakannya (tidur) itu membahayakan keselamatan dirinya dan pengguna jalan raya yang lain.

Keadaan jalan raya tersebut amat sibuk dengan kenderaan yang banyak pada waktu pagi dan berisiko mengakibatkan kemalangan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Tambah Zain, penunggang motosikal tersebut sebenarnya berada dalam keadaan mabuk semasa dia tertidur. Dia membuat keputusan untuk berhenti tidur di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Kata Zain lagi, ketika polis mengejutkannya, dia mengakui dirinya mabuk semasa tertidur. Selepas dikejutkan, dia mengaku badannya sudah berasa segar dan normal seperti biasa.

Lelaki tersebut kemudian meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah selepas meminta maaf atas perbuatannya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply