ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mahkamah tolak rayuan model sambilan pandu lawan arus, hukuman penjara kekal

Berita Tempatan

Views

Mahkamah Tinggi Butterworth hari ini menolak rayuan seorang model sambilan yang didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang juruteknik pada Mac 2017.

K! ONLINE melaporkan, hakim, Datuk Amirudin Abd. Rahman mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jun 2020 selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan setiap intipati pertuduhan bahawa Ng Pei Ven, 23, memandu kereta jenis Proton Gen 2 secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli.

Justeru, hakim mengekalkan hukuman asal iaitu penjara lima tahun, denda RM18,000 dan hilang kelayakan lesen memandu bermula dari tarikh sabitan.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Hakim mendapati keputusan hukuman ke atas Pei Ven sebelum ini adalah mengikut undang-undang dan tidak melampau. Menurut Amirudin, kesalahan yang dilakukan perayu adalah sangat serius dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Mahkamah turut memikirkan kepentingan awam dan hukuman berbentuk literal selain memberi pengajaran terhadap tertuduh. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ainy Suhailah Yunus, manakala tertuduh diwakili peguam Cheah Eng Soon.

Difahamkan, tertuduh dihantar ke Kompleks Penjara Seberang Perai di Jawi, Nibong Tebal hari ini bagi menjalani hukuman.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Pada Jun 2020, Mahkamah Majistret Bukit Mertajam membenarkan permohonan Pei Ven untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan didengar di Mahkamah Tinggi dengan menaikkan jaminan RM7,000 kepada RM12,000.

Pada 24 Mac 2017, gadis itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi di Lebuh Raya Utara-Selatan, arah utara pada pukul 7.50 pagi, 14 Mac 2017.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000.

Dalam kejadian itu, mangsa maut selepas kereta Perodua Kelisa yang dipandu bertembung dengan kereta Pei Ven yang dipandu secara melawan arus. Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Petani dari tempat kerja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply