ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mahkhamah isytihar tindakan MBSA tunda kenderaan yang miliki tunggakan kompaun tidak sah

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam mengisytiharkan bahawa tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menunda kenderaan yang mempunyai kompaun tertunggak adalah tidak sah dan ultra vires. Hakim, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan sedemikian dan membenarkan perintah-perintah deklarasi, certiorari, dan ganti rugi serta kos kepada bekas peguam, Nurliza Shafien.

Peguam, Datuk Kamaruzaman Muhammad Arif memberitahu Sinar Harian, mahkamah turut memerintahkan pembayaran kompaun yang telah dibuat tanpa rela oleh anak guamnya, Nurliza selaku pemohon, dipulangkan kembali. Katanya, ini kerana tindakan MBSA menerima pembayaran tersebut adalah salah, unjust enrichment dan bertentangan dengan kuasa-kuasa statutori responden.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Menurutnya, keputusan tersebut memberi kesan bahawa sebarang tindakan tundaan MBSA yang dibuat atas alasan terdapat tunggakan kompaun adalah ultra vires dan melanggar kuasa statutori MBSA. Keputusan ini adalah berita baik kepada orang awam dan merupakan semak dan imbang terhadap tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak melangkaui bidang kuasanya.

Ia juga memberi kesan kepada orang ramai yang terpaksa membayar kesemua tunggakan kompaun MBSA tanpa dibicarakan bagi mengelakkan kenderaan mereka ditunda sewenangnya. Nurliza yang turut diwakili peguam, Sofiah Omar telah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan MBSA yang dinamakan sebagai responden setelah PBT itu menyampaikan notis tunda terhadapnya pada 5 Julai 2016.

Notis itu yang diletakkan di cermin keretanya memaklumkan bahawa pemohon mempunyai 50 kompaun tertunggak dan dikehendaki menjelaskannya dalam tempoh 48 jam. Sekiranya gagal membayar denda tersebut, kenderaan itu akan ditunda.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Dalam notis permohonannya, Nurliza memohon deklarasi antaranya bahawa tindakan penundaan keretanya di dalam petak pakir di Jalan Ragbi 13/30, Seksyen 13, pada 11 April 2016 oleh responden atau wakil adalah suatu pencerobohan harta dan melanggar hak-hak pemohon di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan serta ultra vires dan bertentangan dengan kuasa-kuasa responden di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Majlis Bandaraya Shah Alam 2007.

Beliau turut mendakwa tindakan MBSA menerima menerima pembayaran pemohon dengan bantahan dan tanpa rela hati sebanyak RM2,506 yang dibayar pada 12 April 2016 adalah salah, unjust enrichment dan bertentangan dengan kuasa-kuasa statutori agensi itu.

Beliau telah memohon ganti rugi keseluruhan RM100,000 bagi kehilangan penggunaan kenderaan pada 11 dan 12 April 2016, kesusahan yang dialaminya termasuk tertekan, malu dan kecewa dan merosakkan reputasinya sebagai peguam serta terpaksa berulang-alik dari rumah ke pejabat, ke mahkamah, ke MBSA, depoh tunda dan sebagainya.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply