ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maki ‘polis bodoh’, wanita ini ditahan

Berita Tempatan

Views

Dek kerana mulut yang celupar, seorang wanita ditahan pihak polis kerana tidak berpuas hati terperangkap dalam sekatan jalan raya Op Covid di Persiaran Surian bersempadan Kota Damansara-Damansara pagi tadi. Menurut wartawan portal MalaysiaGazette yang berada di lokasi kejadian, wanita tersebut menjerit sambil berkata, “Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!”.

Insiden tersebut berlaku kira-kira jam 9.30 pagi sebaik sahaja wanita itu tiba di rumahnya selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berikutan operasi besar-besaran pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya terhadap orang ramai yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?

Wanita yang tinggal apartmen betul-betul bersebelahan lokasi sekatan jalan raya menaiki kenderaan Proton X70 berwarna putih juga membunyikan hon kereta hampir setengah jam ketika cuba mencari jalan keluar dari kesesakan ke rumahnya.

Sebaik tiba di perkarangan apartmennya, wanita itu memberhentikan kereta di hadapan pintu masuk sebelum menurunkan cermin pintu bahagian pemandu lalu menjerit sambil memaki-hamun pihak polis yang bertugas.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Selepas 10 minit hilang dari pandangan, wanita itu muncul semula dan dilihat berjalan ke arah polis dilihat memberi penjelasan serta rasa tidak puas hati terhadap sekatan jalan raya yang didakwa menyusahkannya untuk membeli barang keperluan rumah.

Namun anggota polis yang bertugas meminta kad pengenalan, menahan wanita tersebut serta mengarahkannya duduk di bawah khemah yang disediakan untuk petugas sekatan jalan raya. Setengah jam kemudian, dia dibawa ke balai polis Damansara untuk tindakan siasatan selanjutnya di bawah Seksyen 7(b) dan Akta 342.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply