ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Airlines dapat suntikan dana RM3.6 bilion daripada Khazanah Nasional Berhad bagi penstrukturan semula

Berita Tempatan

Views

Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. Astro AWANI melaporkan, MAG menerusi satu kenyataan malam tadi memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan.

Ia menyusul selepas Mahkamah Tinggi United Kingdom (UK) pada Isnin memberi lampu hijau membenarkan penstrukturan semula syarikat itu yang mempunyai liabiliti lebih RM15 bilion. Kenyataan itu menyebut Mahkamah Tinggi UK telah bersetuju dengan skim pengaturan di bawah bahagian 26 Akta Syarikat UK 2006, antara entiti penyewaan MAG MAB Leasing Ltd dan sebahagian besar pesawat MAG yang beroperasi sebagai pemajak hari ini.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Penstrukturan itu merupakan langkah penting buat Malaysia Airlines yang kini berdepan tekanan kewangan akibat kos operasi tinggi, tenaga kerja besar selain kesan sekatan perjalanan akibat COVID-19. Kerja-kerja penstrukturan semula kewangan itu yang diharapkan selesai pada awal bulan Mac, melibatkan semua pihak berkepentingan utama MAG sebagai mencapai perjanjian dua hala bersama pemberi pinjaman lain seperti pembiayaan dan pengeluar pesawat.

Elemen utama penstrukturan semula termasuk pemotongan rangkaian, penjimatan kos struktur, pemuliharaan tunai dan inisiatif penangguhan pembayaran. Tambah MAG, ia diterjemahkan kepada sejumlah RM5.5 bilion pada tahun 2020 dan sasaran RM397 juta untuk suku pertama 2021. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail, visi jangka panjang MAG adalah untuk menjadikan syarikat itu sebagai kumpulan pelancongan global yang terkemuka.

Jelasnya, pihaknya akan berusaha untuk meluaskan penglibatan MAG ke dalam produk dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan perjalanan di luar penerbangan, yang akan membantu pelanggan melengkapkan pengalaman perjalanan mereka dari satu tempat ke satu tempat.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Kelebihan kedudukan geografi, pengiktirafan anugerah, ditambah dengan keistimewaan Malaysian Hospitality (MH) sedikit sebanyak akan membantu mempelbagaikan aliran pendapatan dengan meminimumkan keperluan untuk bergantung kepada industri perjalanan udara yang sangat kompetitif.

Terdahulu, pemajak pesawat milik Malaysia Airlines telah menjalankan undian bagi menentukan sama ada skim penstrukturan syarikat itu boleh dijalankan atau sebaliknya. Pemajak pesawat merupakan antara 40 pemberi pinjaman kepada Malaysia Airlines melibatkan nilai RM16 bilion. Malaysia Airlines memerlukan kelulusan pemberi pinjaman untuk meneruskan penstrukturan tersebut yang mana pemajak pesawat merangkumi 75 peratus hutang syarikat.

MAG yang mengesahkan tarikh undian tersebut, berdasarkan laporan The Edge Weekly, berkata pemberi pinjaman telah dibahagikan kepada tujuh kelas dan syarikat hanya membawa kumpulan pemajak pesawat ke mahkamah di Britain untuk tujuan persetujuan penstrukturan. Januari lalu, MAG berkata ia telah menerima kebenaran mahkamah untuk meneruskan mensyuarat tersebut, yang mana keputusan akan dilaporkan kepada mahkamah pada sesi pendengaran 22 Februari (semalam).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply