ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Airlines kini ‘rakan penerbangan eksklusif’ pasukan JDT

Berita Tempatan

Views

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini secara rasminya memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB) sebagai tanda komitmen kedua-dua jenama dunia ini dalam menaikkan taraf bola sepak tempatan ke aras yang lebih tinggi.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Menurut laman Facebook JOHOR Southern Tigers, Malaysia Airlines akan menjadi ‘rakan penerbangan eksklusif’ untuk JDT yang akan menerbangkan pasukan ke perlawanan di seluruh Malaysia dan ketika JDT mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa selain peluang dalam hak barang dagangan dan hubungan penyokong melalui pengalaman yang ulung.

Dengan kerjasama ini juga, jenama JDT akan mempunyai lebih ‘visibility‘ di seluruh dunia dengan siri ‘Fearless: Rise of The Southern Tigers’ akan ditayangkan di dalam sistem hiburan penerbangan di kesemua pesawat Malaysia Airlines ke seluruh rangkaiannya.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Malaysia Airlines terbang ke 1,100 destinasi di 150 buah negara seluruh dunia dan akan fokus kepada negeri Johor sebagai hub penerbangan baharu mereka terutama ke destinasi Malaysia Timur.

Ini sekaligus memastikan jenama JDT mendapat lebih 75 juta tontonan hasil dari beberapa siri usaha strategik yang telah dirancang oleh JDT bermula dari video pengenalan bahagian pertama jersi JDT Nike Home & Away 2022 dan satu lagi kerjasama bersama artis terkenal antarabangsa menerusi satu ‘worldwide release‘.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JOHOR Southern Tigers

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply