ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Airlines mula penerbangan pertama pesawat guna bahan api campuran sisa minyak masak 5 Jun ini

Berita Tempatan

Views

Malaysia Airlines Bhd akan mengendalikan penerbangan penumpang pertama menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF) antara Kuala Lumpur dan Singapura pada 5 Jun bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia.

Menurut Astro AWANI, syarikat itu berkata penerbangan yang dikuasakan SAF dari Kuala Lumpur ke Singapura menerusi MH603 dan dari Singapura ke Kuala Lumpur melalui MH606.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Ia mengulangi komitmen syarikat penerbangan kebangsaan itu terhadap tema ‘Sustainable Tomorrow‘ serta menandakan kemajuan ketara ke arah mencapai penggunaan sumber bahan api yang lebih bersih dan berdaya maju untuk penerbangan biasa menjelang 2025.

Penerbangan itu akan dikendalikan oleh pesawat Boeing 737-800, menggunakan gabungan kira-kira 38 peratus SAF dan bahan api jet konvensional.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Berbanding bahan api jet fosil konvensional, pilihan bahan api mampan ini, diperbuat daripada 100 peratus sisa boleh diperbaharui dan sisa bahan mentah (seperti minyak masak), boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 80 peratus.

Malaysia Airlines menjemput tetamu dan penyokong kemampanan untuk melakukan perjalanan dengan penerbangan penting tersebut. Tetamu boleh menempah mulai sekarang hingga 4 Jun untuk menikmati diskaun sehingga 15 peratus apabila mereka melakukan penerbangan ini.

Untuk menikmati diskaun, gunakan kod promoSAF2022′ semasa daftar keluar di www.malaysiaairlines.com. Tetamu digalakkan untuk menempah secepat mungkin kerana tiket dijual dengan pantas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Simple Flying

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply