ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Airports, Skyports dan Volocopter kaji kemungkinan perkhidmatan teksi udara elektrik di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tiga pihak dengan Skyports dan Volocopter bagi menjalankan kajian kemungkinan menyediakan infrastruktur ‘vertiport’ (lapangan terbang berlepas dan mendarat secara menegak) di Malaysia.

Menurut Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata menerusi kerjasama itu, ketiga-tiga pihak akan meneroka pelaksanaan perkhidmatan teksi udara elektrik di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang (LTSAAS) serta lokasi lain di seluruh negara.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, ini akan meletakkan Malaysia sebagai antara pemimpin di rantau ini dari segi kesediaan untuk melaksanakan Mobiliti Udara Bandar (UAM). Revolusi dan teknologi teksi udara adalah penemuan besar akan datang berikutnya yang pihaknya mahu melihat ia berlaku dalam industri penerbangan Malaysia.

Tambahnya, memandangkan LTSAAS menawarkan ekosistem sinergi dalam sektor penerbangan dan aeroangkasa, sudah sampai masanya mereka meneroka perkhidmatan baharu ini kerana ia melengkapkan pembangunan utama lain inisiatif penjanaan semula industri.

Skyports adalah pereka bentuk dan pengendali utama dunia infrastruktur ‘vertiport’ bagi teksi udara elektrik, manakala Volocopter adalah perintis kepada UAM.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Mengikut MoU itu, semua pihak akan menggabungkan kepakaran penerbangan dan aeroangkasa yang berbeza untuk menjalankan kajian kemungkinan, menilai penyelesaian ‘vertiport’ yang sesuai bagi membolehkan pelepasan dan pendaratan kenderaan pelepasan dan pendaratan vertikal elektrik penumpang (eVTOL) yang selamat.

Kajian itu akan mengambil kira faktor seperti permintaan, aliran pelanggan dan kaedah untuk menyepadukan operasi UAM.

Mohd Shukrie berkata, MAHB berharap dapat mengukuhkan lagi kedudukan LTSAAS di Asia Pasifik dengan memenuhi segmen penyelidikan, pemasangan, pembuatan, penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih, selain operasi teksi udara.

Ujar beliau lagi, ia bertujuan untuk menyediakan keupayaan dan penyelesaian menyeluruh dan bernilai tinggi yang diterajui oleh pengendali utama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply