ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia bakal jadi ‘medan ujian’ skuter elektrik Yamaha E01

Berita Tempatan

Views

Malaysia menjejaki Thailand, Taiwan dan Indonesia di pasaran Asia untuk menjadi lokasi ujian persekitaran bagi skuter elektrik Yamaha E01.

Berita Harian melaporkan, perancang Proof of Concept (PoC) Yahama Jepun, Yasushi Nomura, berkata Malaysia telah dikategorikan lokasi ujian bersama negara Eropah selepas negara memiliki persekitaran tropika, manakala Eropah pula mewakili iklim sederhana.

Sebagai PoC, E01 akan menangani beberapa isu seperti jarak perjalanan, kaedah pengecasan dan masa pengecasan. Semua ini dikatakan sebagai cabaran yang dihadapi oleh penggunaan meluas kenderaan elektrik (EV).

Selain Eropah, Jepun pastinya menjadi destinasi utama ujian persekitaran E01. Ujian dunia sebenar E01 termasuk pengumpulan data menggunakan 3G/LTE dengan pelayan web yang akan mengumpulkan data untuk analisis dan pembangunan EV masa hadapan.

Ujian PoC Yamaha E01 dijangka bermula Julai ini. Skuter elektrik Yamaha E01 seperti didedahkan pada sesi taklimat berkenaan akan didatangkan dengan saiz sama seperti susun atur tempat duduk sebagaimana Yamaha NMax tetapi berkuasa 125cc.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

E01 akan dikuasakan bateri litium-ion 4.9 kWh yang menggerakkan motor elektrik yang mampu menghasilkan 8.1 kW pada 5,000 rpm dan 30.2 Nm daya kilas pada 1,950 rpm.

Direka terutamanya untuk mobiliti bandar, E01 mampu ditunggang pada jarak kira-kira 100 kilometer (km) dengan kelajuan tertinggi yang dikawal iaitu 100 kilometer sejam (km/j) dengan tiga mod kuasa tersedia iaitu Power, Standard dan ECO serta mod undur.

Terdapat tiga pilihan pengecasan untuk skuter elektrik itu yang mana bergantung kepada persekitaran di mana skuter itu berasaskan dengan soket pengecasan yang menjadi hak milik Yamaha.

Pilihan pengecasan biasa menggunakan pengecas dinding dengan arus domestik menyediakan masa pengecasan selama lima jam dan boleh digunakan di kawasan kediaman.

Bagi pengecasan pantas pula yang ditempatkan di pusat pengedar Yamaha, bangunan komersial dan seumpamanya, kadar pengecasanan adalah 80 peratus dalam satu jam.

Untuk pengecasan mudah alih, ia menggunakan bekalan AC 110 hingga 240 Volt, direka bentuk untuk dibawa bersama E01, memberikan masa pengecasan selama 14 jam.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Berbeza daripada skuter elektrik biasa yang menggunakan pek bateri boleh tanggal untuk pengecasan jauh, E01 telah direka bentuk di sekeliling pek bateri yang memberikan pereka Yamaha keupayaan untuk memasukkan ruang storan 28 liter di bawah tempat duduk, ruang yang biasanya tiada apabila mereka bentuk elektrik dan skuter hibrid.

Dengan ketinggian tempat duduk 755 milimeter (mm), E01 direka untuk boleh diakses oleh semua penunggang.

Dari aspek saiz, E01 berukuran 1,930 mm panjang keseluruhan, berbanding NMax 1935 mm. Bunyi bising juga menjadi isu dengan kenderaan dua roda di kawasan bandar, dan E01 diukur pada 58 desibel pada jarak tujuh meter, berbanding 68 desibel yang dihasilkan oleh NMax.

Dalam masa beberapa minggu akan datang, Yamaha akan melancarkan dua model skuter elektrik di Eropah, iaitu Neo’s dan E01.

Walaupun sudah banyak membekalkan penggerak elektrik kepada syarikat lain, termasuklah untuk basikal, dua model ini sebenarnya adalah antara motosikal elektrik terawal bagi Yamaha.

Perincian lanjut dua skuter elektrik ini masih belum didedah, malah E01 juga masih belum mempunyai nama sebenar, namun Yamaha mahu membuktikan menunjukkan kebolehgunaannya menerusi kerjasama dengan syarikat perkongsian kenderaan di bandar besar Eropah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit supermoto8.net

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply