ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia dah ada prototaip kereta terbang?

Berita Tempatan

Views

Berita ini sebenarnya telah membuatkan kami ‘kaget’ buat beberapa ketika. Nampaknya angan-angan kita untuk melihat kereta terbang bakal menjadi kenyataan. Menurut Harian Metro, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) kini sedang menggalakkan usahawan di negara ini untuk menceburi industri dron yang dilihat berpotensi besar pada masa hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, pihaknya juga telah mengusulkan kepada kerajaan bagi mencuba membangunkan pesawat tanpa pemandu (UAV) atau kereta terbang sebagai salah satu inisiatif menggalakkan industri dron negara.

Katanya, dalam lanjutan perbincangan dengan Jepun, mereka akan melancarkan kereta terbang pada 2025 dan tidak salah jika kita mencuba inisatif yang sama kerana ia mampu memberangsangkan sektor kejuruteraan negara.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal diperkenalkan bulan depan?

Prototaip kereta terbang itu sudah ada dan kos untuk menghasilkannya dianggarkan sekitar AS$300,000 (RM1.23 juta). Kereta terbang yang dibangunkan ini boleh menempatkan dua orang dan diterbangkan sendiri. Beliau sendiri akan mencubanya dan demonstrasi tersebut dijangka akan dibuat dalam tahun ini juga.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Muamalat dan pelancaran Pelan Strategi Koperasi Muslimin Malaysia Berhad di Petaling Jaya, semalam. Sebenarnya kami agak keliru sedikit dengan artikel rujukan kami, sama ada Malaysia atau Jepun yang sudah ada prototaip kereta terbang.

Kalau Jepun kami memang tak hairan sebab mereka mempunyai kepakaran dan teknologi yang tinggi, tapi kalau Malaysia ia sememangya agak mengejutkan dan kami tumpang bangga. Dalam ‘diam-diam’ je kan dah ada kereta terbang sendiri.

Sejujurnya kami agak ‘skeptikal’ sikit sebab prototaip kereta nasional ketiga pun masih belum nampak bayangnya lagi, tiba-tiba muncul cerita kereta terbang pula. Apa pun kita tunggu dan lihat. Mesti ramai yang teruja juga nak tengok kereta terbang tu nanti kan?

JOM BACA >> Model SUV kompak Proton bakal dinamakan X50?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply