ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia dan Thailand tubuh jawatankuasa khas bersama, bincang projek HSR Bangkok-KL

Berita Tempatan

Views

Malaysia dan Thailand bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas bersama bagi membincangkan perkara terperinci mengenai perancangan, jajaran dan aspek teknikal lain berkaitan cadangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Bangkok-Kuala Lumpur.

Bernama melaporkan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata jawatankuasa itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Thailand.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Terdahulu, beliau yang berada di sini atas jemputan kerajaan Singapura, mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Saksayam Chidchob.

Katanya, susulan daripada lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand pada Februari 2022, mereka berdua buat julung kalinya memulakan perbincangan tentang cadangan projek HSR dari Bangkok ke Kuala Lumpur.

Pada 26 Februari lalu, Malaysia dan Thailand dilaporkan telah bersetuju untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan jajaran HSR di antara Kuala Lumpur dengan Bangkok.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Ismail Sabri berkata persetujuan tersebut adalah hasil pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha di Rumah Kerajaan di Bangkok semasa lawatan rasmi pertama beliau ke negara itu.

Dalam catatan yang sama, Wee turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Saksayam atas kerjasama Thailand dalam melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara kedua-dua negara pada pertengahan Mac 2022 walaupun untuk tempoh singkat sebelum sempadan Malaysia dibuka semula mulai 1 April, 2022.

Ujar beliau, Malaysia dan Thailand akan terus berkerjasama untuk memulihkan sektor penerbangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wee Ka Siong

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply