ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

MAM tidak pernah beri kelulusan untuk perlumbaan drag di litar Gong Badak

Sukan Permotoran

Views

Berikutan dengan tragedi kemalangan maut dalam acara perlumbaan drag, Battle of the King (BOTK) 2022 di Litar Permotoran Terengganu di Kuala Nerus, Sabtu lalu, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya meluahkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah buat keluarga Muhamad Hafez Jamal Jamaludin.

Menurut MAM, sukan permotoran merupakan suatu sukan yang berbahaya. Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang ingin menyertai sukan permotoran sama ada penganjur, pemilik litar atau pelumba wajib mematuhi segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, protokol-protokol yang ketat yang telah ditetapkan.

Ini bagi memastikan tahap keselamatan yang tertinggi, meningkatkan persaingan dan akhirnya memberi peluang kepada pelumba dan penonton untuk menikmati acara perlumbaan tersebut.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Tambah MAM, acara yang dikawal-selia (sanctioned events) oleh pihak MAM dijalankan dengan mematuhi garis panduan am dan teknikal yang telah ditetapkan oleh pihak FIA dan FIM berkaitan dengan penganjur-penganjur, kemudahan-kemudahan, peserta-peserta dan kenderaan-kenderaan.

Acara sukan permotoran yang dikawal-selia akan memberi parameter yang jelas kepada para penganjur dan peserta mengenai persekitaran perlumbaan yang selamat. Oleh itu, para penganjur amat digalakkan untuk mendapatkan kelulusan acara dan dikawal-selia (sanctioned) oleh pihak MAM.

Sungguhpun begitu, kelulusan dan pengawalan selia mana-mana acara adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah pihak FIA, FIM serta Peraturan-Peraturan Pertandingan Kebangsaan (NCR) yang dikenakan, dipantau atau harus dipatuhi tanpa kompromi.

Malangnya, acara drag BOTK 2022 tidak diluluskan dan dikawal-selia oleh pihak MAM. Untuk tahun 2022, kemudahan Litar Gong Badak hanya dibenarkan oleh pihak MAM untuk acara litar 2 roda iaitu, Petronas Malaysian CubPrix, dengan keperluan keselamatan tambahan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Pihak MAM tidak pernah memberi sebarang kelulusan untuk lumba drag di litar Gong Badak. Pihak Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan MAM telahpun mengadakan perbincangan sebelum ini berkenaan dengan spesifikasi kemudahan perlumbaan drag yang diluluskan oleh pihak FIA dan FIM.

Spesifikasi-spesifikasi tersebut termasuklah kemudahan penyelenggaran yang murah, rendah dan keselamatan yang tinggi untuk membolehkan sukan perlumbaan drag membangun dan berkembang. Ia selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri YAB Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob baru-baru ini.

Malah MAM juga telah dijemput oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk meneliti kejadian tersebut dan yang lebih penting, untuk membincangkan dengan lebih lanjut mengenai keperluan bagi memastikan keselamatan litar diperbaiki bagi mengelak kejadian sedemikian berulang.

Selain itu, MAM akan terus mempromosikan acara-acara yang dikawal-selia untuk menjadikan sukan permotoran lebih selamat dari segi semua disiplin di dalam Sukan Permotoran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply