ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mampukah Perdana gilap kembali jenama Proton?

Views

Artikel oleh Shamsul Yunos

  • Lebih nilai prestij dari keuntungan untuk Proton
  • Kos pembikinan yang tinggi menipiskan keuntungan
  • Kejayaan pasaran belum pasti dalam keadaan tak menentu sekarang

Proton Perdana yang dilancarkan semalam dikatakan model penting dalam langkah Proton kembali ke era kegemilangan, persoalannya apakah yang mampu dilakukan oleh produk mewah ini untuk jenama yang tertumpu kepada pasaran massa?

Mengikut unjuran Proton sendiri, model Perdana ini tidak dijangka menjadi satu produk popular yang akan meningkatkan angka jualan Proton sehingga beribu-ribu unit setiap bulan, anggaran mereka ialah 500 unit sebulan.

Adakah jualan 500 unit sebulan boleh memulangkan Proton ke era keuntungan? Jawapannya, mungkin tidak. Hakikatnya model ini merupakan model mewah yang menelan belanja tinggi untuk dibangunkan dan juga dipasang.

Walaupun syarikat kereta tidak berkongsi kos bahan mentah produk mereka melalui kajian dan pengalaman kami anggaran pecahan untuk kos sebuah kereta seperti Proton Perdana adalah seperti berikut.

Komponen Kos untuk Perdana 2.0Lazim industri (pasaran massa)

(%)

Anggaran Kos

(%)

Jumlah Anggaran

(RM)

Kos bahan mentah dan komponen/Bill of Material (BOM)45-555360,000
Kos R&D dan royalti5-86.27,250
Kos pemasangan1.0 – 2.51.31,500
Waranti2.0 – 5.03.13,500
Susut nilai/ pengurusan/pengangkutan/dan lain lain5-107.58,500
Iklan dan Promosi1-5*2.22,500
Komisyen jualan dan lain lain kos jualan5-15~1010.300
Pengurusan dan lain lain kos10-15~1010,300
Keuntungan8-128.810,000
Jumlah kos – atau pun harga jualan113,850
Nota tambahan:

·         Bajet iklan dan promosi berbeza mengikut kategori produk ianya mungkin setinggi 10 peratus untuk produk mewah. Anggaran yang diberikan adalah untuk produk massa

Anggaran kami ini menunjukkan kos bahan mentah dan komponen berada dalam lingkungan tinggi kerana model Perdana ini adalah model bilangan rendah dan ianya mungkin tidak dapat menikmati penjimatan kos enonomi skalar.

Ada sumber yang mengatakan kos BOM Proton mungkin setinggi RM80,000, kalau ianya setinggi itu walaupun untuk varian 2.4-liter, kami kira Proton akan mengalami kerugian yang agak besar untuk setiap unit Perdana yang dijual.

Pada pendapat kami kos BOM untuk kedua-dua model Perdana ini terletak antara RM60K hingga RM75K untuk menjadikannya satu produk yang realistik untuk Proton.

Kiraan kami ini adalah dalam lingkungan industri namun ada yang mengatakan bahawa tahap keuntungan yang boleh dinikmati oleh Proton untuk model ini adalah lebih rendah dari industri kerana harga jualan untuk Perdana adalah lebih iras kepada produk segmen C walaupun ianya adalah produk mewah segmen D.

Apapun keuntungan sekitar 8-12 peratus adalah lazim untuk industri automotif yang begitu kompetitif dan syarikat yang berada di tangga teratas dunia seperti Toyota, Honda, dan Volkswagen mahupun Hyundai-KIA mungkin boleh meningkatkan tahap keuntungan melalui cara lain, seperti pengurangan tuntutan waranti dan peningkatan pendapatan dari perkhidmatan lepas jualan.

Jika kita bandingkan dengan Thailand, model Camry dan Accord ditawarkan pada harga serendah THB1.35 juta ataupun RM105,000 manakala di pasaran besar seperti Amerika Syarikat, model yang sama dijual pada harga lingkungan USD22,000 hingga USD35,000 (RM95,000 hingga RM150,000) dimana mereka ditawarkan dengan varian asas hingga versi mewah 3.5-liter V6.

Sekiranya kita ambil harga purata global model segmen D Jepun sebagai RM100,000, kos BOM mereka sudah tentu sekitar RM50,000 ataupun RM10,000 lebih rendah dari Proton. Dengan harga jualan yang jauh lebih tinggi sudah tentu tahap keuntungan seluruh sistem jualan mereka adalah jauh lebih tinggi walaupun tahap keuntungan bagi pengedar di Malaysia tidak sebegitu mewah akibat kawalan harga pindahan dalaman.

Dalam kes Proton, mereka juga menghadapi kemungkinan anggaran tuntutan waranti yang diberikan terbolos sekiranya tahap kualiti yang diberikan tidak menepati kehendak pembeli, terutamanya jika kita kirakan dari jumlah rungutan yang muncul dalam media sosial.

Walau bagaimanapun media sosial bukanlah satu sumber tepat untuk membuat anggaran tersebut. Sekiranya anggaran kos bahan mentah dan komponen yang kami unjurkan untuk Proton adalah tepat dan mereka berjaya menjual maksimum 6,000 unit setahun, keuntungan yang boleh diberikan oleh Perdana berjumlah RM60 juta, satu angka yang agak lumayan.

Selain dari angka jualan, jumlah keuntungan yang boleh dikongsikan oleh Perdana juga bergantung kepada harga jualan yang hakiki, sekiranya model ini kurang popular, Proton mungkin terpaksa membuat pelbagai tawaran dan penambahan nilai kepadanya untuk menarik pelanggan dan ini sudah tentu akan menipiskan lagi keuntungan.

Jenama lain, seperti Honda, Toyota dan Nissan menjual kenderaan Segmen D pada harga bermula sekitar RM140,000 manakala Perdana 2.0-liter berharga RM113,888 dan varian 2.4 – liter pula berharga RM138,888 sudah tentu ini menjadikan tawaran Proton kelihatan amat menarik.

Saingan dari Korea seperti Kia Optima dan Hyundai Sonata pula boleh didapati pada harga serendah RM126,000 jika kita melayari laman sesawang penjualan kereta. Pembeli dalam segmen D adalah mereka yang mampu memiliki lebih dari kenderaan asas dan mahukan sesuatu yang boleh memancarkan prestij dan persepsi mewah ini kerap bergantung kepada nilai pada jenama tertentu.

Jenama Proton dianggap sesuai untuk massa namun lencana Perdana itu sendiri masih memiliki prestij kerana ianya model yang digunakan oleh Perdana Menteri, Barisan Kabinet dan juga pemegang jawatan utama sektor awam. Nilai prestij yang dikaitkan dengan kerajaan dan sektor awam ini mungkin sedikit berbeza dengan imej mewah yang ditawarkan oleh jenama lain tetapi ianya tetap mampu menarik minat pembeli yang mahukan produk premium.

Di Malaysia, pembeli kereta adakalanya membuat perbezaan dari segi harga dan bukan saiz ataupun kategori kenderaan kerana terdapat satu jurang harga antara model tempatan dan import dan ini adakalanya menjadikan analisis pasaran agak keliru.

Model Perdana ini mungkin dibandingkan dengan kereta segmen C dari Jepun seperti Honda Civic, Toyota Altis dan Nissan Sylphy kerana harga varian 2.0 terletak di sekitar harga yang sama, terutama sekali jika dibandingkan dengan model dari Korea.

Apapun dari reaksi yang kami baca di pelancaran Proton Perdana semalam, model ini telah Berjaya menarik minat pembeli dari segi reka bentuk  dan kini ia perlu bersaing untuk meyakinkan pembeli bahwa tahap kualiti yang ditawarkan adalah setimpal dengan harga yang dituntut.

Dalam hal ini kami yakin ianya boleh bertanding kerana model asas Honda Accord generasi ke-8 terbukti laris dan memiliki reputasi yang baik dari segi kualiti. Diharapkan kilang Proton dapat mencapai tahap kualiti yang sama dengan Honda.

Sekiranya Perdana dapat meyakinkan bahawa kualiti Proton kini sudah ditingkatkan ke tahap yang lebih kompetitif dengan model import, ia akan berjaya menggilap jenama Proton dan menarik lebih banyak pembeli untuk model lain mereka.

Pengukur kejayaan Perdana bukanlah jumlah keuntungan mutlak tetapi kepuasan pembeli, dengan itu kami amat berharap pihak pengurusan Proton Holdings dan Proton Edar memberi perhatian khusus kepada aspek ini dan mengorbankan keuntungan, sekiranya perlu untuk mencatat tahap kepuasan pelanggan yang tertinggi.

mampukah perdana gilap kembali jenama proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

25 Comments


    • aku yg paling takut dgn Proton ialah mslh kualiti. bila jepun tk control ja Proton, vendor dn pekerjanya akn mula pedajjal pembeli dgn kualiti separuh masah… itu punca org takut nk beli proton


  • analisis yang bagus, mungkin antara yang terbaik yang pernah aku baca. teruskan menulis Funtasticko!

    satu perkara yang aku kurang setuju pasal Perdana ni ialah kenapa Proton announce akan replace engine by next year pada hari pelancaran. maksud tersirat boleh jadi dua perkara;
    1) beli Perdana sekarang selagi dia masih guna engine & teknologi Honda (reliable).
    2) jangan beli sekarang sebab akan ada significant upgrade akhir tahun depan.

    tak salah berlaku jujur, tapi dalam kes ni simpanlah sikit info supaya tak kacau excitement bakal pembeli.


    • betul kata tuan tu, tapi memang Proton dah umumkan enjin baru NE01 ni akan digunakan penghujung 2017 sejak 2015 lagi…. mungkin ada orang yang lebih suka guna enjin Honda, tapi mungkin ada yang menunggu ejin baru yang lebih kuasa….entah kenapa mereka umumkan awal…


    • Roadmap ni memang isu besar sebenarnya dan ada betulnya kata tuan tu, kalau roadmap asyik berubah ia mungkin menandakan Proton tidak yakin dengan perancangan teknolgi jangka panjang ataupun mereka tidak mempunyai perancangan kukuh teknologi dan model jangka panjang…. apa pun saya juga berharap Proton akan dapat melakarkan pelan jangka panjang untuk teknologi dan juga model


  • Sayangnya model Perdana yang menggunakan enjin i-vtec tidak boleh dieksport ke luar negara..
    Enjin Perdana i-vtec sebaiknya tidak perlu diganti, hanya perlu tambah Varian dengan enjin baru yang Bakal digunakan..
    Perdana i-vtec kekalkan dalam Varian Premium manakala enjin NE01 turbo untuk Varian standard Dan executive..

    Jadi pengguna ada lebih pilihan.. Mereka yang menggemari/mempercayai teknologi Honda Dan i-vtec mereka boleh memilih Varian Premium.. Manakala yang lain boleh memilih Perdana NE01 turbo dengan harga ‘sedikit’ lebih murah, Varian standard Dan executive..

    Selain pilihan yang lebih, Perdana tersebut boleh dieksport dengan lebih meluas serta melepasi sasaran jualan yang ditetapkan.. Varian Premium(i-vtec) kekal untuk pasaran Malaysia sahaja..


  • DRB-HICOM cuma nak stop gap measure je untuk bekalkan Perdana kepada SPANCO untuk kegunaan rasmi kerajaan. Kira2 dia lebih menguntungkan ke arah ini sahaja, dan untuk jualan ke public tu kira macam bonus je la. Lagipun kereta rasmi kerjaan ni 6 tahun sekali tukar baru. Dari perkiraan dalam jadual tu saya rasa ada silap 2 perkara. Pertama ada duti yang perlu dibayar, duti import (parts dari luar) dan juga duti eksais. Tak lupa juga GST. Tapi betullah memang scale of economic tiada. Tapi kalau dapat tap market luar yang tak biasa dengan imej buruk PROTON macam di Malaysia ni mungkin ada sinar kejayaan. Tapi Perdana ni lebih kepada mosel flagship, model mass market adalah SAGA, Persona, & Iriz. Tumpu je 3 model ni.


  • please be quick with new engine and gearbox for all model range in proton and firmed up the rattles.
    and no more plastic laminated logo like usual, use this newly styled logo.


  • PENGALAMAN GUA SEWA KERETA DILANGKAWI.PERODUA AXIA INDAH KHABAR DARI RUPA CONTOHNYA PICK UP.TOYOTA AVANZA KERETA BARU AIR COND TAK SEJUK .PEMEGANG TANGAN SEBELAH DALAM PATAH.NISSAN ALMERA SEMASA BERHENTI ENJIN DIMATIKAN KUNCI TAK BOLEH TANGGAL, TERPAKSA CUBA BEBERAPA KALI GEAR AUTO UNTUK TANGGAL KUNCI.


  • volume rendah tinggilah BOM. capacity vendor unutilized. bagi high volume xleh catch up plak- mcm kes youngman CKD…jadi proton is at the mercy of its vendor…sejak dulu lg…RnD concept bagus end product kureng psl vendor xleh support….quality rendah warranty cost tinggi…in theory higher Q lower Warranty..higher Q lower overall cost, lower reverse logistics cost..higher Q higher sales..lower fixed cost/unit….TIADA QUALITY TIADA FUTURE…tapi apakan daya x ramai dlm proton setuju dengan statement di atas…


  • Saudara Fauzan, kita kena berdepan reliti dan keluar dari delusi. Kita patut tengok Britain dalam hal2 ni. Kita lihat sahaja nama-nama gah dalam dunia automotive di dunia majoriti datang dari sana bukan? Lotus, GM, Rover, Land Rover, Jaguar. Tapi apa jadi kepada semuanya? Semuanya sekarang dimiliki orang luar. Kenapa? Ini kerana setiap syarikat tersebut mengalami kerugian selama bertahun2 lamanya. Tapi apa yang kerajaan Britain buat? Mereka jual syarikat ini berdasarkan siapa yang tawarkan harga yang lebih dan juga mengambil alih semua hutang2 bertimbun syarikat2 tersebut. Kerugian ni semuanya akhirnya ditanggung oleh pelabur-pelabur luar ini.
    Tapi ada satu perkara yang kita tak nampak yang kerajaan Britain buat. Setiap pengambilalihan ini, pelabur tersebut perlu kekalkan operasi syarikat di sana juga, mengambil perkerja2 tempatan. Secara tak langsung merkea perlu bayar cukai kepada kerajaan Britain setiap tahun. Bukankah ini lebih menguntungkan.
    Kita tolak saja proud and pride kita. Takkanlah kita dan generasi akan datang nak berterusan menanggung dan mensubsidi syarikat2 tak berdaya maju ini?
    Bila cerita tentang kebanggaan, kerajaan Britain juga telah membina Stadium Olimpik, iaitu Queen Elizabeth Olympic Park untuk Olimpik 2012. Tahu apa yang mereka buat selepas temasya olimpik berakhir? Mereka tender stadium tersebut dan ia telah jadi tuan rumah West Ham United setelah dibeli oleh kelab bola tersebut dengan memberi pulangan keuntungan kepada kerajaan mereka. Apa cerita pula stadium Bukit Jalil selepas sukan komanwel? Masih diurus kerajaan, rumput dah berapa kali rosak dan tukar macam2 rumput, kemudahan pun dah teruk, semuanya perlukan dana dari kerajaan. Stadium Olimpik London? Sehingga kini kerjaan Britain tak perlu langsung bayar satu sen pun untuk penyeggaraan stadium tersebut.
    Dengan soft loan RM1.5b kerajaan beri kepada Proton boleh bina lebih kurang 4 universiti awam atau 2 hospital pakar atau 4 hospital daerah atau lebuh raya sepanjang beratus kilometer atau pendidikan percuma kepada 30 000 penuntut universiti. Jadi mana ynag kita nak?
    Lagipun, penubuhan Proton dah capai pun matlamatnya. Iaitu menjadikan kita negara industri dari negara pertanian serta melahirkan ramai profesional seperti jurutera dalam pelbagai bidang serta elak pengaliran wang ke luar negara.


    • betul tu. Patriotism tak beksud kita jadi bodoh sombang dan buta menyokong sesuatu.
      Patriotism sebenar adalah membuat sesuatu keputusan yang bijak untuk kepentingan rakyat dan negara.


    • Mmm… bagi saya xsalah pun milikan saham itu diberikan kpd pihak luar tapi pada peratusan yg mana kita masih lagi bleh buat keputusan n menentukan hala tuju syarikat mengikut acuan kita. Means, share tunggal company luar perlu kurang drp 30%. Apa yg penting, rakan strategik yg dipilih adalah saling bergantung dan saling memberi keuntungan kepada dua2 pihak. Kita bleh beri contoh2 kejayaan pihak luar mengambil-alih syarikat but at the end pilihan keputusan yg dibuat adalah mengikut kehendak kita. Tiada semua masalah melalui satu penyelesaian yg sama. Bergantung pada situasi n faktor2 lain.

      Yup, penubuhan prootn adalah sebahagian drp inti pati wawasan 2020 dlm bidang industri auto. Bagaimana kita bleh kata ia telah mencapai matlamat walhal tahun 2020 pun x cecah lagi dan dlm keadaan kini yg masih tidak stabil?

      Apa2 pun, terpulang kepada petugas khas yg dibentuk oleh gov bagi pemulihan proton dlm tempoh 5 tahun nie. Buatlah apa yg terbaik utk negara n rakyatnya. Jgn sampai menang sorak kampung tergadai sudah…

      Cheers!


      • Tak payah pergi jauh2. Tengok aje MAS. Kita ambil Christoph Mueller, ex-ceo MAS tu. Dia ada track record pulih 2 company airline dan sangat terkenal di seluruh dunia. Sebab tu dia dipilih pada awalnya. Tapi apabila ‘pemilik’ tak setuju dengan cara dia nak pulihkan company, seolah2 tangganya diikat tapi disuruh buat kerja. Akhrinya dia berhenti awal daripada kontraknya. Percaya tak kalau ada ‘rakan strategik’ beli 30% share Proton tanpa kuasa buat keputusan, InsyaAllah dia akan jual balik share dia sebanyak 30% tu tak lama lepas tu. Akhirnya semuanya jadi back to square one.


        • Mmm… maksud sy, istilah rakan strategik kena faham. Kita juga termasuk dlm panel pembuat keputusan. Bukan keputusan ditentukan oleh mereka, dan kita sebagai boneka je.

          Cheers!


  • orang luar kenal proton, tapi tak kenal perdana. caranya, sertai mana-mana perlumbaan sebagai pendedahan. kalau menang lagi bonus besar, sbb proton motorsport dah banyak pengalaman.


  • Proton usah bermimpi utk menyasarkan penjualan sebanyak 500 unit sebulan utk model Perdana ini selepas 6 bulan pertama. bet my words.
    Bangkitlah dari mimpi Proton, be realistic, belajar dari kesilapan lalu, dulu ketika pelancaran Suprima, Proton sasar julan 750 unit sebulan.. hahahahaha.. hakikatnye Suprima hanya mampu dijual tidak lebih 100 unit sebulan.


  • Bagi saya PERDANA baru ni nampak sangat cun. sangat mengancam kalbu. Mmg betul lampu belakang tu sangat unik dan distinctive. Dari jauh dah boleh cam yang itu Perdana, sama macam Iriz. dari jauh dah confirm itu iriz.

    Tapi……… saya SANGAT2 TERKILAN bila Perdana 2.0L tak ada ESC! Aisehmannnnnn Proton2… mmg tgh aim mungkin 2-3 tahun lagi boleh angkat 2.0L…aiyoo

    Kete besar mcm Perdana takde ESC mana boleh proton… sekali OVERSTEER confirm terguling masuk parit…Proton… mana boleh mcm ni…tolonglah kesian golongan middle class mcm aku kat Malaysia ni. Nak angkat kete segment D import semuanya mahal2. Elok2 ada 2.0L ni, boleh buat camni plak.

    Ko dah gah promote pasal Iriz punya safety dan itu dan ini. 5 star sana sini. ANCAP ASEANCAP itu cap ini cap. Preve dan Suprima safety mantap. dah macam Volvo of Asia. tapi kereta perdana yg mahal ni ko boleh tak letak ESC???

    BERTAUBATLAH!

    Satu langkah ke belakang. Tolonglah berubah!

Leave a Reply