MAN Truck & Bus SE (MAN) dan ST Engineering, menyasarkan untuk menawarkan penyelesaian yang inovatif bagi membaikpulih armada bas awam Singapura.
Selaras dengan Pelan Hijau Singapura 2030, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) merancang untuk mengelektrifikasi armada bas awam negara dengan sasaran untuk menggantikan separuh daripada kira-kira 6,000 bas dengan varian sifar pelepasan menjelang tahun 2030.
Langkah ini akan membolehkan penumpang mengalami perjalanan yang lebih bersih dan senyap, serta membantu mengurangkan pelepasan daripada sektor pengangkutan darat, yang menyumbang 15 peratus daripada jumlah karbon dioksida yang dihasilkan di Singapura.
Kedua-dua syarikat kini sedang membangunkan penyelesaian yang memenuhi keperluan terkini LTA untuk bas awam.
Penyelesaian itu akan menampilkan casis MAN Lion E yang telahpun memenangi pelbagai anugerah dengan varian lantai rendah berkonfigurasi tiga pintu penumpang. Bas ini juga akan dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang dikuasakan dengan teknologi AGIL® DriveSafe+.
Dibangunkan oleh unit Perkhidmatan Mobiliti ST Engineering, AGIL® DriveSafe+ memanfaatkan teknologi analitik video AI untuk pengesanan potensi perlanggaran di titik buta bersama-sama dengan keupayaan ADAS yang lain. Teknologi tersebut sedang diuji dalam bas awam terpilih di Singapura.
Ketua Pegawai Eksekutif MAN, Alexander Vlaskamp berkata, pihaknya bersedia untuk menawarkan penyelesaian yang sesuai dan lengkap dalam bentuk casis e-bas MAN yang terbukti bagi memenuhi keperluan LTA.
Vlaskamp, yang dalam lawatan sulungnya ke Singapura bagi pihak MAN, berkata demikian sempena pelancaran unit pertama bas MAN dek tunggal elektrik pemanduan sebelah kanan (RHD) di Asia Tenggara di sesi khas untuk para perwakilan daripada pengendali pengangkutan awam dan swasta.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Menurut Ketua, Jalan dan Perkhidmatan Mobiliti, Penyelesaian Bandar, ST Engineering, Hoe Yeen Teck, pihaknya sedang memperhalusi dan meningkatkan keupayaan teknologi AGIL® DriveSafe+ yang kini sedang diuji di Singapura.
Pihaknya juga percaya, ini akan menetapkan standard baharu untuk keselamatan transit awam di Singapura, menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua.
Lion City E MAN ialah salah satu e-bas terlaris di Eropah dengan lebih daripada 1,000 unit dalam tempahan dan lebih daripada 450 unit dalam perkhidmatan di bandar-bandar utama di seluruh benua.
Di Singapura, MAN mempunyai sejarah panjang dan rekod prestasi dalam memacu keperluan pengangkutan awam tempatan. Sejak 2011, MAN telah membekalkan lebih daripada 1,500 bas dan 1,000 trak kepada pengendali pengangkutan dan pemilik armada di negara tersebut.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI