ARKIB

KATEGORI

Buletin

MARA dan PETRONAS Dagangan Berhad ganding bahu perkasa usahawan automotif Bumiputera

Berita Tempatan

Views

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini merasmikan pembukaan beberapa outlet PETRONAS AutoExpert dan Auto Servis oleh usahawan Bumiputera terpilih untuk menyertai Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA PETRONAS (PUMP).

Pengerusi MARA, YB Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Mohd Dun berkata, inisiatif ini sejajar dengan usaha kerajaan dalam membangunkan industri automotif negara yang sedang berkembang pesat dengan menginovasikan strategi perniagaan daripada PETRONAS.

PUMP dibangunkan untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing usahawan agar lebih kompetitif di pasaran. Antara komponen yang dibangunkan melalui program ini adalah peningkatan imej bengkel dengan konsep terkini melibatkan penggunaan teknologi yang bersesuaian yang mampu menarik lebih ramai pelanggan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Usahawan di bawah PUMP ini telah dilengkapkan dengan beberapa siri latihan keusahawanan, malah modul bagi latihan ini telah dirangka secara bersama dengan anak syarikat PDB, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM).

Program yang dibangunkan sejak awal tahun ini melibatkan 29 usahawan pengusaha bengkel kenderaan yang dipilih melalui proses temuduga dan konsep bengkel yang akan dibangunkan adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Setakat hari ini, seramai 8 daripada usahawan terpilih telah mengubahsuai bengkel kepada PETRONAS AutoExpert dengan jumlah pembiayaan yang disalurkan oleh MARA sebanyak RM6.45 juta. Meskipun negara masih belum pulih sepenuhnya daripada COVID-19, tiga daripada mereka telah berjaya mencapai nilai jualan lebih daripada RM2 juta dalam tempoh 3 bulan beroperasi.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Hardeep Singh, PETRONAS Dagangan Berhad mengutamakan pembangunan perniagaan dan kebajikan sosial masyarakat. Ini terbukti melalui kerjasama antara pihaknya dengan MARA dalam program PUMP yang berpandukan agenda kelestarian.

Sementara itu, pemilik kepada OZI Holding, Noor Hijat bin Mohd Noor berkata, dia berterima kasih kepada MARA dan PETRONAS kerana memberi peluang kepada syarikatnya. Ilmu dan bantuan yang diperolehi akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya.

OZI Holding telah memulakan operasinya di Pusat Servis yang baharu bermula pada Oktober tahun ini setelah melalui proses pengubahsuaian. Pusat Servis ini menawarkan khidmat penyelenggaraan kenderaan, perkhidmatan tukar dan servis tayar, tukar ganti enjin dan juga pembaikan pendingin hawa .

Untuk rekod, MARA telah menyalurkan sejumlah RM74.57 juta kemudahan pembiayaan perniagaan melalui skim MARA Integrated Smart Auto (MISA) kepada 52 usahawan dalam tempoh 5 tahun ini. Selain itu, MARA juga turut mengadakan sesi latihan serta program-program keusahawanan berkaitan kepada lebih daripada 4,000 usahawan dalam bidang yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply