ARKIB

KATEGORI

Tular

Marah sangat tu bro, sampai nak ‘hempuk’ kereta orang

Tular

Views

Semalam tular satu video yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama Up Wah Ab, yang memaparkan gelagat seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang cuba menghayunknan sesuatu (seakan sebuah beg) ke arah sebuah kereta.

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Temiang-Pantai yang sering menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk bergambar kerana keindahan pemandangan di lokasi tersebut yang diibaratkan seperti ‘New Zealand’ versi Malaysia.

Menurut Up Wah Ab, semasa menghampiri kedudukan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang berhenti di bahu jalan, salah seorang daripada mereka berdiri betul-betul masuk di laluan tersebut.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Bimbang terlanggar, dia kemudiannya membunyikan hon sebagai ‘tanda amaran’. Namun reaksi balas lelaki berkenaan agak mengejutkan kerana dia cuba menghayunkan sesuatu (seperti beg) ke arah kereta tersebut.

Gelagat lelaki berkenaan berjaya dirakam menerusi rakaman kamera pemuka (dashcam) dan mendapat kecaman daripada warganet.

Setakat ini hantaran tersebut telah dikongsi lebih 2,200 warganet dan videonya pula telah ditonton sebanyak 339,000 kali.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Dalam artikel terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan sentiasa memantau lokasi berkenaan bagi memastikan keselamatan pengguna lalu lintas.

Pemantauan berterusan bagi memastikan tiada pengguna berhenti di lorong kecemasan dan bergambar lebih-lebih lagi dalam jumlah kenderaan yang banyak.

Sebelum ini tular di media sosial, sekumpulan individu daripada sebuah kelab kereta meletakkan kenderaan di lorong kecemasan kedua-dua arah di Jalan Temiang-Pantai untuk bergambar di jalan raya berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply