ARKIB

KATEGORI

Buletin

Masak mi segera di stesen minyak – 4 didakwa hari ini, tiada anak VIP terbabit

Berita Tempatan

Views

Empat daripada 15 individu yang ditahan untuk siasatan berkait kes memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini akan dituduh di mahkamah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pertuduhan ke atas mereka akan dijalankan di Mahkamah Bentong, Pahang, pada jam 9 pagi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mereka yang akan dituduh terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita berusia 23 hingga 24 tahun.

“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain).

“Selebihnya, 11 lagi individu dibebaskan dan dijadikan saksi dalam kes ini,” katanya. Dalam pada itu, beliau mengesahkan tiada dalam kalangan 15 yang ditahan berkait kes itu anak orang kenamaan atau VIP.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ini selepas tular di media sosial berkenaan penahanan 15 orang individu berkait kes itu termasuk dua daripadanya yang didakwa sebagai anak kepada Timbalan Menteri. “Semua 15 yang ditahan bukan anak Timbalan Menteri atau VIP,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, dilaporkan berkata polis menahan 15 individu termasuk lima wanita berusia 23 hingga 28 tahun untuk membantu siasatan kes itu.

Mereka ditahan Sabtu lalu ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang untuk dirakam percakapan. Semua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai merakam percakapan mereka. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply