ARKIB

KATEGORI

Buletin

Masalah ‘tachometer’ tren nombor 59 punca stesen LRT Jelatek sesak – RapidKL

Berita Tempatan

Views

Masalah mekanikal pada tren menjadi punca berlaku kesesakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek seperti yang tular di media sosial pagi semalam.

Harian Metro melaporkan, Rapid Rail Sdn Bhd (RapidKL) dalam kenyataan memaklumkan tren bernombor 59 itu dikeluarkan daripada perkhidmatan pada 8.19 pagi selepas pihak pusat kawalan (OCC) mengesan masalah berkaitan ‘tachometer yang dalam proses penggantian dan penambahbaikan.

Menurut kenyataan itu, penumpang telah diminta turun di Stesen LRT Jelatek dan mendapatkan tren seterusnya, yang merupakan sebahagian daripada prosedur operasi bagi memastikan keselamatan serta kelancaran operasi tren.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

RapidKL memaklumkan proses mengeluarkan tren tersebut mengambil masa tiga minit dan pelarasan semula kekerapan tren selama 10 minit itu menyebabkan berlaku sedikit kesesakan di platform kerana jumlah penumpang yang tinggi pada waktu kemuncak.

Menurut RapidKL tren gantian bernombor 54 dimasukkan bagi mengekalkan kekerapan tren selama lima minit, manakala tren yang mengalami masalah telah dibawa ke depoh penyelenggaraan Rapid Rail di Subang.

Program penggantian ‘tachometer‘ telah bermula dan Rapid Rail sedang dalam proses penerimaan alat tersebut yang telah ditempah dan akan diterima secara berkala dari sekarang hingga pertengahan tahun 2023. Pihaknya sedang berunding dengan pihak pembekal bagi mempercepatkan penghantaran.

Sementara itu, RapidKL juga memaklumkan kesesakan di Stesen KLCC pula berpunca daripada tiga pintu yang mempunyai masalah ketika tren bernombor 10 tiba di stesen KLCC pada 7.53 pagi semalam.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Pihaknya mendapati pintu platform berfungsi secara normal pada tren-tren lain dan pihak operasi telah mengeluarkan tren tersebut untuk menjalani pemeriksaan lanjut di depoh Subang.

Rapid Rail akan menjalankan pemeriksaan dan ujian terhadap sistem komunikasi antara pintu tren dan pintu di platform selepas waktu operasi tamat bagi mengenal pasti punca dan seterusnya membaiki masalah tersebut.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang mula beroperasi sejak 1998 sedang dalam proses dinaik taraf secara menyeluruh bagi beberapa sistem, komponen dan infrastruktur. Program ini dalam proses dilaksanakan dan akan diselesaikan secara berperingkat.

Rapid Rail ingin memberi jaminan bahawa keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan dan pihaknya memohon maaf atas gangguan yang berlaku serta ketidaksenangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan kami.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit @faizalghazaly dan @AzwanHalim_

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply