ARKIB

KATEGORI

Info

Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Info

Views

Jika benar yang dibawa oleh ejen perisik Mat Bond ini, kami jangka peminat setia Proton sudah pasti melompat gembira. Dikatakan Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT) untuk semua varian yang ditawarkan. Jadi tidak kiralah anda memilih enjin 1.8 liter TGDi atau 1.5 liter Drive E turbo, anda akan mendapat transmisi yang sama!

Patutlah semakin kerap kita melihat kelibat unit ujian model ini ‘mengukur’ jalan raya di Malaysia, rupa-rupanya para jurutera Proton sedang menguji transmisi baharu ini secara intensif. Tambah Mat Bond lagi secara keseluruhannya ada 5 varian yang bakal ditawarkan nanti termasuklah 1 varian dari versi enjin 1.5 liter Drive E.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

Kami ramalkan antara varian yang bakal ditawarkan nanti adalah seperti berikut:

  • Varian Executive – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
  • Varian Standard – 1.8 liter TGDi + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
  • Varian Executive – 1.8 liter TGDi + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
  • Varian Premium (tanpa bumbung suria) – 1.8 liter TGDi + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
  • Varian Premium (dengan bumbung suria) – 1.8 liter TGDi + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

Perubahan yang dilakukan pada model ini nanti sangat minima, yang paling ketara hanyalah bentuk tombol gear baharu (seperti foto di atas) dan pertukaran logo pada beberapa tempat seperti di jeriji hadapan, stereng dan cermin tingkap selain penambahan komponen tempatan. Diberitakan fasa pra-pengeluaran akan dimulakan dalam masa terdekat.

Dijangka X70 CKD bakal diperkenalkan secara rasmi pada bulan November nanti dan mungkin tempahan model ini akan mula dibuka seawal bulan hadapan. Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply