Maxim telah mengadakan satu sesi perbincangan dengan pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) baru-baru ini. Topik utama perbincangan ialah proses memohon lesen EVP (E-hailing vehicle permit) untuk pemandu baharu Maxim, termasuk pembaharuan lesen EVP untuk pemandu semasa.
Wakil-wakil Maxim termasuk Pengarah syarikat Malaysia, Pakar Pelesenan dan Pakar Sokongan Pengguna hadir semasa sesi perbincangan. Antara persoalan yang diajukan adalah berkenaan sistem e-hailing yang sedang digunakan bagi memohon, memperbaharui dan membatalkan lesen EVP tersebut.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Hasil daripada perbincangan tersebut adalah wajib untuk memperbaharui lesen EVP yang dikeluarkan sebelum ini, tidak dimaklumkan kepada Maxim. Walau bagaimanapun, pihak APAD terus mengemas kini data pemandu Maxim masing-masing dalam sistem e-hailing.
Menerusi sesi pertemuan ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan sesi perbincangan semula selepas pihak APAD menaik taraf kepada versi sistem e-hailing baharu. Selaras dengan itu, pihak Maxim turut mengingatkan pemandu mengenai kepentingan lesen EVP.
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
Para pemandu Maxim perlu menghubungi pejabat berhampiran atau permintaan daripada aplikasi pemandu “TaxSee” dan memberikan maklumat yang berkaitan. Kemudian, pihak Maxim akan menghantar maklumat kepada APAD bagi pengeluaran lesen EVP.
Bagi pemandu yang menyediakan perkhidmatan penghantaran, perkhidmatan kurier dan lain-lain tidak perlu mendapatkan lesen EVP. Pemandu sedemikian boleh menyediakan perkhidmatan penghantaran tanpa memerlukan lesen EVP.
Pihak Maxim sentiasa mematuhi peraturan e-hailing berkaitan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Di samping itu, pihak syarikat akan senantiasa bertemu dengan pihak berkuasa secara berterusan bagi mengeratkan perhubungan dan memberikan kerjasama kepada kerajaan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
KOMEN TERKINI