ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maxim E-hailing beri petrol percuma kepada lebih 500 rakan-pemandu

Berita Tempatan

Views

Maxim E-hailing melancarkan program pemberian petrol percuma kepada rakan-pemandu yang bertujuan untuk mengurangkan kos perbelanjaan pemandu dan meningkatkan kemampanan serta kualiti tempahan.

Pakar Maxim telah memilih 10 pemandu terbaik di 4 negeri, iaitu Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan juga Kedah.

Mereka menilai beberapa perkara seperti penilaian pemandu (9.8-10.0), bilangan pesanan yang dibuat, dan maklum balas penumpang yang pemandu dapat selepas perjalanan.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Selepas proses penilaian pemandu, mereka telah dijemput untuk menghadiri acara di stesen minyak. Maxim bekerjasama dengan beberapa stesen minyak seperti Petronas, Shell, dan Petron untuk memberikan petrol percuma kepada pemandu rakan kongsi.

Salah seorang rakan-pemandu, Hasriadi Basri berterima kasih kepada Maxim atas kempen ini di mana dia dapat menjimatkan lebih daripada RM50 untuk pam petrol dan biasanya jumlah petrol ini boleh bertahan lebih daripada empat hari.

Ini juga merupakan salah satu usaha daripada Maxim E-hailing untuk menunjukkan penghargaan dan sokongan terhadap rakan-pemandu yang bekerja keras setiap hari.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Menurut Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley, inisiatif ini mencerminkan komitmen syarikat untuk menyokong kesejahteraan dan kestabilan kewangan rakan kongsi di jalan raya.

Pihaknya yakin langkah ini bukan sahaja akan meningkatkan pengalaman keseluruhan pemandu, malah menyumbang kepada kejayaan dan kepuasan berterusan mereka dengan Maxim.

Selian itu, syarikat turut bekerjasama dengan bengkel khas yang memberikan diskaun besar untuk pemandu rakan kongsi, mengurangkan kos penyelenggaraan kereta, membantu orang berkeperluan khas dan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan tambahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply