ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maxim Malaysia tawar harga berpatutan, perkhidmatan yang sistematik buat pelajar universiti

Berita Tempatan

Views

Pelajar universiti sememangnya menggunakan perkhidmatan e-hailing bagi menyusun keperluan harian dan untuk ini Maxim Malaysia sedia berkhidmat dengan pelbagai perkhidmatan yang boleh memberi manfaat buat mereka.

Pelajar memerlukan sistem pengangkutan yang teratur untuk ke kuliah, pergerakan di dalam kampus dan ke kafeteria. E-hailing merupakan salah satu inisiatif buat para pelajar kerana ianya lebih menjimatkan masa, selesa.

Oleh itu, Maxim Malaysia menawarkan harga yang berpatutan untuk mendapat akses melalui aplikasi. Pelajar boleh menghubungi rakan mereka untuk berkongsi perjalanan semasa menaiki Maxim sekali gus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menjimatkan wang.

Penumpang hanya perlu menambah alamat kedua di penghantaran semasa membuat tempahan dan pemandu boleh menurunkan penumpang dengan satu perjalanan.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Pelajar juga boleh memohon untuk kereta MPV atau yang lebih besar bagi perjalanan yang ingin dikongsi bersama rakan. Ia boleh dibuat melalui aplikasi serta periksa sama ada kereta tersebut tersedia di lokasi berdekatan.

Kini pelajar boleh membuat tempahan awal melalui aplikasi Maxim dan mendapatkan perjalanan untuk menghadiri kelas tanpa perlu menunggu pemandu mencari.

Pengguna hanya perlu memilih tarikh dan masa pilihan di bahagian pra-tempahan dan mendapatkan akses untuk menghubungi pemandu terus sebelum tarikh sebenar. Cara ini akan menjimatkan masa menunggu pemandu dan pelajar boleh tiba ke kelas tepat pada masanya.

Selain itu, Maxim Malaysia turut menawarkan perkhidmatan penghantaran hadiah dan makanan, penyerahan dokumen serta pelbagai jenis penghantaran yang diperlukan di universiti.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Bukan itu sahaja, pembelian dan penghantaran Maxim mungkin membantu pelajar juga, kerana pelajar boleh meminta pemandu mendapatkan sesuatu dari kedai dan mengantarnya kepada mereka.

Ia memberi manfaat baik kepada pelajar, mereka boleh mendapatkan semua perkhidmatan dengan hanya satu aplikasi dan menjadikan kehidupan universiti lebih senang dan sejahtera dengan Maxim Malaysia.

Maxim Malaysia turut membuka peluang kepada pelajar yang berminat untuk menyertai sebagai pemandu kerjasama. Peluang ini akan membantu pelajar universiti, graduan baru, pekerja sambilan dan mereka yang mencari pendapatan tambahan.

Waktu bekerja adalah sangat anjal/fleksibel, atur perjalanan diikuti dengan garis masa anda sendiri dan dapatkan pendapatan tambahan setiap hari. Untuk mendaftar, muat turun permohonan di pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply