ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maxim semarakkan bulan kemerdekaan, edar 1,000 Jalur Gemilang kepada rakan-pemandu

Berita Tempatan

Views

Bulan Kemerdekaan kembali dan untuk tahun ini sambutan bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” yang melambangkan negara maju dan bergerak progresif.

“Jiwa Merdeka” juga mempunyai makna tersendiri mengenai semangat, kesungguhan, kecintaan pada Hari Kemerdekaan.

Tahun ini merupakan tahun ketiga kempen berkongsi semangat kemerdekaan dengan rakyat Malaysia, di mana Maxim E-hailing menyediakan 1,000 bendera percuma kepada rakan-pemandu.

Maxim akan mengutamakan rakan-pemandu yang mempunyai bilangan tempahan tertinggi dengan prestasi terbaik dan pengedaran bendera ini akan melibatkan hampir semua bandar di Malaysia.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Mereka mesti meletakkan bendera di hadapan kereta dari minggu pertama Ogos sehingga Hari Malaysia.
Ia adalah usaha berterusan daripada syarikat, untuk berkongsi aura positif dan juga semangat patriotisma.

Seperti kempen sebelum ini, Maxim E-hailing telah menerima banyak maklum balas positif daripada semua termasuk penumpang.

Menurut seorang rakan-pemandu, dengan memasang bendera dia boleh berkongsi semangat patriotisma di sepanjang perjalanan, di mana pada tahun lalu dia telah menerima banyak pujian daripada penumpang.

Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley berkata, pengedaran bendera ini bukan sahaja mempamerkan patriotisma dan sokongan syarikat untuk acara kebangsaan, malah ia turut memupuk rasa perpaduan dan bangga dalam kalangan pemandu dan penumpang.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Bukan itu sahaja, apabila tiba bulan Ogos pihak pengurusan Maxim turut tampil dengan rekaan khas jenama pelekat kereta dengan rekaan bendera Malaysia di hadapan hud kereta.

Ia sangat terhad dan hanya kereta yang dipasang pada bulan Ogos dan September layak mendapatnya. Pemasangan adalah percuma untuk rakan-pemandu dan mereka akan mendapat ganjaran bulanan untuk pemasangan.

Dengan peluang ini, Maxim E-hailing ingin mengambil kesempatan untuk menggalakkan semua orang menunjukkan sokongan terhadap kempen menaikkan bendera.

Ia akan menjadi usaha berterusan syarikat bersama-sama dengan acara tahunan, untuk menunjukkan rasa cinta dan hormat kepada negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply