ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maybank perkenal pembiayaan kenderaan bersepadu pertama untuk EV dan hibrid

Berita Tempatan

Views

Maybank memperkenalkan kemudahan pembiayaan kenderaan bersepadu pertama seumpamanya untuk pelanggan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid merangkumi pelbagai aspek termasuk kemudahan pembiayaan holistik, perlindungan insurans dan takaful serta keistimewaan pengecasan.

Ini selaras dengan aspirasi kumpulan untuk menjadi peneraju kemampanan di rantau ini dengan memenuhi komitmen mengagihkan sasaran yang disemak semula baru-baru ini sebanyak RM80 bilion bagi pembiayaan mampan kepada pelanggan menjelang 2025 serta mencapai kedudukan neutral karbon menjelang 2030.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk John Chong, berkata tawaran ini tepat pada masanya dan mempamerkan komitmen kukuh kumpulan terhadap kemampanan dan pada masa sama memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berubah di mana mereka menjadi semakin peka terhadap alam sekitar.

Selain itu, inisiatif Maybank juga menyokong visi kerajaan untuk meningkatkan bahagian pasaran EV kepada 38 peratus menjelang 2040 melalui Aspirasi Karbon Rendah Negara di bawah Dasar Tenaga Negara 2022-2040.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Sementara itu, Maybank Islamic akan menjadi penyedia kewangan pertama negara yang memulakan landskap infrastruktur pengecasan EV setelah memasang stesen pengecas EV di Dataran Maybank, Kuala Lumpur Golf & Country Club dan Hotel Mandarin Oriental di Kuala Lumpur.

Di samping itu, Maybank Islamic menyasarkan untuk memasang beberapa lagi stesen pengecas EV di Lembah Klang dan negeri lain di Semenanjung Malaysia menjelang Disember 2024 untuk membantu mengukuhkan lagi ekosistem dan menggalakkan penggunaan EV serta hibrid.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican, berkata ini adalah sebahagian daripada usaha bank untuk menggalakkan penggunaan EV serta menyediakan lebih banyak stesen pengecasan untuk kemudahan pemilik kenderaan sedemikian.

Tambahan juga, katanya pelanggan boleh menikmati pelbagai ganjaran dan faedah daripada program keahlian pembiayaan Kenderaan Elektrik Maybank Islamic, InCharge, yang menyediakan rebat apabila menggunakan stesen pengecasan milik Maybank Islamic dan semua stesen pengecasan lain melalui aplikasi ParkEasy.

Matlamat utama pihaknya adalah untuk mewujudkan impak positif kepada alam sekitar dan masyarakat, dan selaras dengan misi kumpulan untuk ‘Menginsankan Perkhidmatan Kewangan’, Maybank Islamic akan memperuntukkan hasil yang dikutip daripada penggunaan stesen pengecasan EV untuk disumbang kepada inisiatif impak sosial yang telah dikenal pasti.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Maybank baru-baru ini menganjurkan acara pengalaman pemanduan EV dengan Auto Bavaria, kerjasama pertama jenama premium itu dengan institusi kewangan, dengan mempamerkan dua model EV baharu iaitu BMW iX40 Sport yang kini boleh didapati di pasaran dan BMW i7 yang akan ditawarkan kepada orang ramai pada suku ketiga 2023.

Acara itu juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kemudahan pembiayaan bersepadu Maybank, ciri-ciri kereta serta memberikan pengalaman demonstrasi mengecas EV.

Dari segi insurans, Etiqa sebelum ini memperkenalkan perlindungan insurans dan takaful pertama di Malaysia untuk Pengecas Rumah Kenderaan Elektrik pada Oktober tahun lalu.

Perlindungan ini ditawarkan sebagai tambahan percuma kepada polisi atau sijil kereta persendirian Etiqa untuk kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) atau Kenderaan Elektrik Hibrid (PHEV) yang baru didaftarkan.

Sebagai alternatif, perlindungan kendiri untuk pengecas rumah EV di bawah pelan Insurans dan Takaful Risiko Penuh juga tersedia untuk pemilik EV yang telah membeli pengecas dinding rumah EV secara berasingan daripada insurans dan takaful motor baharu mereka. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Maybank

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply