ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mazda BT-50 2021 – Klon Isuzu D-Max dengan gaya “Kodo”

Berita Global

Views

Setelah hampir seminggu mengusik warganet dengan iklan acah, akhirnya pengeluar kereta dari Jepun, Mazda memperkenalkan trak pikap BT-50 serba baharu, semalam. Kali pertama model ini diperkenalkan adalah sembilan tahun lalu, yang berkongsi model asas dengan Ford Ranger. Untuk model BT-50 2021, Mazda telah beralih arah dengan menjadikan Isuzu D-Max sebagai model asas.

Apa yang membezakan Mazda BT-50 2021 dengan Isuzu D-Max?

Sebenarnya, dari segi asas reka bentuk kita masih boleh melihat kelibat D-Max pada model BT-50 2021. Namun para pereka di Mazda telah menyuntik elemen rekaan “Kodo” pada model tersebut. Hasilnya, wajah ahli keluarga Mazda begitu ketara terutama sekali dari arah depan.

Jeriji utamanya mempunyai iras seperti adik-beradik SUVnya yang lain, namun dengan wajah ‘sejambu’ ini tidak begitu menyerlahkan kejantanannya sebagai sebuah trak pikap. Gayanya lebih mirip sebuah SUV yang mempunyai ekor di bahagian belakang.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!

Jeriji hadapan yang agak besar itu diapit pula dengan sepasang lampu yang agak kecil dan rekaan bampar yang ringkas serta nampak lembut. Ketiadaan elemen lasak yang kebiasaannya ada pada trak pikap seperti pad gelincir menjadikan trak pikap tidak begitu garang dan lebih sesuai untuk kegunaan dalam bandar.

Dari tepi, boleh dikatakan ia hampir serupa dengan kembarnya D-Max, yang membezakan hanyalah bentuk lekuk pada panel pintu dan belakang. Di bahagian belakang juga kelihatan ada banyak persamaan dengan D-Max, kecuali bentuk sarung lampu yang nampak lebih ringkas.

Ruang kabin merupakan bahagian yang menarik perhatian kami, terutama sekali rekaan papan pemuka dengan reka letak yang kemas serta minimalis. Pereka Mazda bijak bermain dengan tona warna dan juga jenis kemasan untuk menjadikan ruang kabin BT-50 2021 seperti sebuah kereta mewah.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Jika anda perasan, ada beberapa komponen dari D-Max turut dikongsi dengan model tersebut, antaranya tombol gear dan stereng yang diubah suai dari stereng yang asal. Tempat duduk dengan balutan kulit dan juga skrin infotainmen yang serasi dengan Android Auto dan Apple CarPlay melengkapi gaya mewah di bahagian dalam.

BT-50 2021 dikuasakan oleh enjin 3.0 liter turbodiesel yang mampu menjana 190 PS dan 450 Nm daya kilas dari 1,600 rpm hingga 2,600 rpm. Ia digandingkan bersama pilihan sama ada transmisi enam-kelajuan manual dan automatik.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, pemantau titik buta dan amaran lintasan trafik belakang sebagai ciri standard. Trak pikap BT-50 2021 akan mula berada di pasaran Australia mulai tahun ini dan harganya bakal diumumkan kemudian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply