ARKIB

KATEGORI

Buletin

Melaka bakal jadi hab EV pemanduan sebelah kanan Changan, nilai pelaburan RM1 bilion

Berita Tempatan

Views

Kerajaan negeri akan menerima suntikan pelaburan RM1 bilion hasil usahasama dengan sebuah syarikat bumiputera, Fiedlman Sdn. Bhd. bagi membina kilang pemasangan kereta elektrik di Lipat Kajang, Jasin.

Menurut Utusan Online, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, melalui pelaburan tersebut, ia bakal memberi manfaat jangka panjang dalam industri automotif, mewujudkan industri hiliran serta pemindahan teknologi kereta elektrik di negeri ini.

Menurut beliau, hasil usahasama itu juga bakal membuka sebanyak 5,000 peluang pekerjaan untuk penduduk Melaka.

Beliau berkata, anak syarikat terlibat iaitu Fieldman EV Sdn. Bhd. (FEV) berjaya mendapat hak eksklusif pengedaran kereta elektrik di Malaysia dan pasaran ASEAN bagi pemanduan sebelah kanan.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Jelasnya, FEV berjaya menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat automotif terkemuka dari China iaitu Changan Automobile Corporation (Changan).

Ujar beliau, syarikat FEV berhasrat melancarkan kereta elektrik serta berminat untuk membina kilang pemasangan di negeri ini, bersama syarikat-syarikat tempatan dengan bantuan teknologi syarikat Changan.

Tambahnya, melalui pelaburan RM1 bilion, kerajaan negeri menyediakan tapak kilang pemasangan di Lipat Kajang, Jasin di kawasan seluas 202 hektar.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan dua buah kereta elektrik dan sebuah beca elektrik daripada Pengarah Eksekutif FEV, Razmi Shah Othman.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, FEV telah membuat pelan jangka panjang untuk tempoh tujuh tahun bermula dari 2018 hingga 2026.

Menurutnya, dari segi teknologi kenderaan elektrik, Changan merupakan antara empat pembuat kereta terbesar di China. Jelasnya, secara purata kapasiti pengeluaran kereta syarikat itu dilaporkan sebanyak dua hingga 2.5 juta unit setahun.

Changan juga telah mengeluarkan rancangan untuk melancarkan 21 buah kereta elektrik lagi bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Katanya lagi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) diberi tanggungjawab untuk membuat kajian beca elektrik yang dibangunkan oleh Changan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sulaiman Md Ali

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply