ARKIB

KATEGORI

Buletin

Memandu dalam keadaan mabuk, empat lelaki ditahan

Berita Tempatan

Views

Tindakan empat lelaki memandu dalam keadaan mabuk mengundang padah selepas kesemua mereka ditahan menerusi Ops Alkohol dan Cegah Jenayah di Lebuh Raya Sprint serta Jalan Utara semalam.

K! ONLINE melaporkan, operasi bermula pada pukul 11 malam itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Jelas beliau, pihaknya telah menahan empat lelaki selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 45 (A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, sebanyak 13 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Ops Alkohol dan Cegah Jenayah di sekitar daerah Petaling Jaya.

Tambah beliau lagi, operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi membendung salah laku pengguna jalan raya terutamanya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply