ARKIB

KATEGORI

Tular

Memandu secara berbahaya – Pemandu Myvi dan Elantra ini telah ditahan

Tular

Views

Polis telah mengesan dua lelaki yang memandu dalam keadaan berbahaya di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar raya di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Menurut Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian pada jam 3.30 petang itu melibatkan dua buah kereta jenis Hyundai Elantra dan Perodua Myvi.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Katanya, kedua-dua pemandu kenderaan terbabit berusia 33 dan 47 tahun itu telah ditahan pada jam 10 malam Sabtu, selepas memberi keterangan di Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur.

Mereka akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Sarifudin berkata, saringan air kencing juga telah dilakukan dan mendapati pemandu kereta Perodua Myvi disahkan positif dadah methamphetamine/amphetamine.

Suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan akan dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada Sabtu, satu video tular berdurasi 27 saat memaparkan aksi dua pemandu kenderaan memandu dalam keadaan berbahaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply