ARKIB

KATEGORI

Buletin

Memandu secara mengundur – Pemandu Toyota Land Cruiser Cygnus beri alasan kotak gear rosak

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki ditahan polis pada Ahad, malam, selepas didapati memandu kereta secara mengundur. Astro AWANI melaporkan, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, suspek, 44 tahun berjaya ditahan di bandar ini bersama kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser Cygnus.

Menurutnya, pada pagi Ahad tular video kenderaan itu dipandu secara mengundur di atas jalan raya. Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan, kemudiannya bertindak pantas menyiasat kesahihan video tersebut.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut memang benar berlaku di persimpangan lampu isyarat Bandar Kim Fung jam kira-kira jam 10 pagi, Ahad. Susulan itu, polis juga telah berjaya mengesan kenderaan serta pemandu tersebut.

Menurutnya, pemandu tersebut memberikan alasan kenderaan berkenaan mengalami kerosakan pada kotak gear. Ia menyebabkan kenderaan terpaksa dipandu secara mengundur. Bagaimanapun, tindakan sedemikian membahayakan dirinya dan juga pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambahnya, kes disiasat dibawah Sek 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Katanya, pemandu yang mengalami kerosakan kenderaan, dinasihatkan untuk menggunakan khidmat kereta penunda untuk menunda kenderaan ke bengkel sekiranya mengalami situasi sedemikian, demi keselamatan bersama.

Pada Ahad, tular tiga klip video memaparkan sebuah kenderaan dipandu secara mengundur di beberapa lokasi berbeza di Bandar Sandakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Sandakan

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply