ARKIB

KATEGORI

Buletin

Memang langgar lari, bukan motosikal jatuh elak kucing

Tular

Views

Semalam kami ada memuat naik video rakaman dashcam kemalangan yang melibatkan sebuah motokar jenis Honda Civic dan motosikal ‘riderfoodpanda yang tular di laman Facebook. Rupa-rupanya ia memang kes langgar lari kerana menurut laporan Harian Metro, pemandu lelaki berusia 59 tahun memberi alasan bimbang dipukul orang ramai.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, lelaki dikenali sebagai Kelsi Sikh didapati memandu laju dan tidak sempat mengelak mangsa yang berada di lorong kanan ketika di Persiaran Anggerik Vanila, Shah Alam. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, suspek yang memandu Honda Civic bertindak melarikan diri selepas melihat mangsa terbaring di jalan raya.

Katanya, hasil siasatan mendapati, suspek memandu laju dan terlanggar belakang motosikal ditunggangi mangsa. Suspek turut mengakui tidak menghentikan kenderaannya kerana bimbang dipukul orang ramai. Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu tular di media sosial suspek hadir ke balai polis untuk membuat laporan.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Kata Baharudin lagi, mangsa mengalami luka di beberapa bahagian badan selain pinggangnya turut terseliuh akibat terjatuh daripada motosikalnya. Mangsa mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sejurus kemalangan dan sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas keadaannya stabil.

Difahamkan mangsa akan hadir ke balai polis untuk membuat laporan polis, esok. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdahulu, rakaman video dashcam daripada kereta pengguna jalan raya tular di laman sosial Facebook dan mendapat kecaman netizen berikutan tindakan suspek tidak menghentikan kenderaan selepas melanggar mangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply