ARKIB

KATEGORI

Tular

Memotong di garisan berkembar dan menyebabkan kenderaan lain terbabas, pemandu Honda City merah ditahan

Tular

Views

Laman Facebook rasmi Polis Daerah Rompin hari ini mengeluarkan kenyataan media berhubung satu video tular yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda City dipandu secara berbahaya di Lebuhraya Kuantan-Segamat.

 

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Mohd Azahari bin Mukhtar, pihaknya telah mengesan satu video tular pada 29 Ogos 2022 jam 7:00 malam yang menunjukkan sebuah motokar yang dipandu secara berbahaya dengan cara memotong di garisan berkembar, di Kilometer 124 Jalan Kuantan-Segamat sehingga menyebabkan kenderaan di laluan bertentangan terpaksa mengelak ke bahu jalan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ujar beliau, pihak Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin telah membuat semakan nombor pendaftaran dalam sistem M-COPS PDRM dan mendapati alamat motokar bernombor JVC 9323 jenis Honda City berwarna merah telah didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Bukit Beruang, Melaka.

Perbuatan ini sangat berbahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain. Pada 30 Ogos 2022, pemandu Honda City itu telah hadir ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Rompin dan telah ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply