ARKIB

KATEGORI

Buletin

MEMPERKENALKAN MODEL SERBA BARU NISSAN NV200 VANETTE DAN NAVARA SINGLE CAB

Views

KUALA LUMPUR (18 Februari 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan dua model kenderaan komersial ringan yang serba baru iaitu Nissan NV200 Vanette dan Navara Single Cab 4×2.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng berkata, “Kami sentiasa menjadi jenama pilihan dalam segmen kenderaan komersial ringan di Malaysia, contohnya model C22 Vanette yang merupakan satu legenda. ETCM menyedari tentang permintaan pelanggan kami terhadap kenderaan komersial, maka kedua-dua model yang dilancarkan pada hari ini telah direka bentuk bagi menepati keperluan perniagaan yang paling optimum.’’

NV200 VANETTE

Van panel NV200 serba baru yang dinanti-nantikan ini telah mewarisi nilai komersial Vanette.

NV200 memiliki gaya luaran yang tersendiri, ciri-ciri keselamatan yang bertaraf tinggi, fungsi-fungsi yang maju dan kecekapan bahan api yang mengagumkan, malah dilengkapi dengan ruang kargo luas (berukuran 4.2m³) yang mampu memenuhi pelbagai jenis kegunaan. Reka bentuk NV200 merupakan suatu revolusi baru kepada kenderaan komersial ringan.

NV200 Vanette menggunakan enjin 1.6-liter HR16DE dengan teknologi Pemasaan Injap Boleh Ubah Berterusan (CVTC) yang menjana kuasa 109ps dan kuasa kilasan 152Nm, dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan yang lancar. Gabungan ini menghasilkan penjimatan bahan api yang amat baik iaitu 14.0 km/liter.

Model NV200 telah mencapai standard kecemerlangan dari segi keselesaan pemanduan. Enjin yang dipasang pada bahagian hadapan bukan sahaja meminimumkan bunyi bising, sekali gus mencegah situasi ‘tempat duduk hadapan yang panas’ di samping mengurangkan keletihan pemandu. Selain memberikan pemandangan yang lebih luas kepada pemandu serta menawarkan stereng kuasa elektrik, NV200 dilengkapi dengan Meter Pelbagai-Fungsi yang memaparkan maklumat penting seperti revs enjin, penggunaan bahan api, jarak dan masa pemanduan di atas Paparan Dot Matrik 2.8”. Meter Pelbagai-Fungsi itu juga dilengkapi dengan banyak fungsi amaran seperti had kelajuan, jadual penyelenggaraan, timer dan juga transmission shift-up alert supaya pemandu boleh menukar gear pada kelajuan optimum.

Aspek penting lain termasuk penggunaan sistem penggantungan spring single-leaf di belakang kenderaan yang membolehkan kenderaan itu menampung  keberatan muatan sehingga 740kg. Reka bentuknya yang kompak dan dalaman yang luas turut membolehkan ruang kargo memuatkan dua palet Euro.

Seperti semua kenderaan Nissan, keselamatan tetap merupakan aspek penting bagi NV200 Vanette. Ciri-ciri keselamatan standard merangkumi dua beg udara, ABS, EBD, Zone Body Construction, tali pinggang keledar pre-tensioners, lampu brek tinggi, cermin pandangan belakang yang luas dan cermin sisi yang besar.

NAVARA SINGLE CAB 4×2

Nissan Navara Single Cab memaparkan unsur versatiliti. Dengan mempunyai rangka yang teguh dan enjin diesel common rail yang paling berkuasa dalam kelasnya, Navara Single Cab 4×2 merupakan kenderaan pilihan untuk perniagaan.

Pengguna mempunyai tiga pilihan dari segi reka bentuk badan kenderaan, iaitu Luton, besi ataupun kayu. Ketiga-tiga reka bentuk badan ini dibina berasaskan cesi kerangka logam tegangan tinggi berlapis ganda yang telah dikukuhkan dengan kemampuan untuk menampung beban maksimum sebanyak 750kg.

Keupayaan mengangkut muatan seberat itu merupakan hasil sumbangan Enjin Diesel Common Rail YD25DDTi 2.5 liter Navara Single Cab dengan turbo intercooler yang menyalurkan kuasa output sebanyak 144PS dan kuasa kilasan 294 Nm, malah ia juga dilengkapi dengan transmisi manual 5-kelajuan yang lancar untuk mencapai kuasa dan penjimatan bahan api yang terbaik.

Sungguhpun Navara Single Cab  direka untuk menangani muatan berat, pemandu tidak terpengaruh oleh bebanan berat itu. Kenderaan komersial ini memberikan keselesaan optimum kepada pemandunya dengan menawarkan tempat duduk yang besar dan selesa, sistem pendingin hawa dan unit audio standard 1CD/radio.

Seperti varian-varian lain Navara, Single Cab ini turut dilengkapi dengan penggantungan depan double-wishbone dan aksis belakang yang tegar dengan spring semi elliptic leaf. Selain itu, konsep Zone Body yang teguh menyumbang kepada kelasakan keseluruhan.

Senarai peralatan keselamatan termasuk kerangka impak sisi, turus stereng boleh laras, brek cakera depan dan sistem brek yang mampu mengimbangi muatan berat dalam kenderaan bagi mencapai kestabilan membrek.

Harga jualan bagi Nissan NV200 Vanette dan Navara Single Cab serba baru masing-masingnya bermula dari RM62,047.93 dan RM64,391.55, tidak termasuk cukai jalan, insuran dan caj pendaftaran. Harga-harga adalah sah di Semenanjung Malaysia dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal. Kedua-dua kenderaan ditawar dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km yang mana tiba dahulu, tertakluk kepada syarat dan terma.

Model-model ini kini dipamer di bilik pameran Nissan yang terpilih di seluruh negara bermula dari 18 Februari 2012. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hotline Khidmat Pelanggan kami di Talian Tol Percuma:  1800-88-8368 atau layari www.nissan.com.my.

LAMPIRAN:

Anugerah Global NV200 Vanette

AnugerahOlehNegara
Rekabentuk TerbaikUniversal Design Award 2011Jerman
Kegemaran PenggunaUniversal Design Award 2011Jerman
Van Kecil TerbaikArtic Test 2010Finland
Van Terbaik TahunanProfessional Van and Light Truck Awards 2010United Kingdom
Van Terbaik TahunaniVan Magazine 2010United Kingdom
Van Terbaik TahunanWhat Van? Awards 2009United Kingdom
Van Terbaik TahunanInstitute of Transport Management 2009United Kingdom
Van Antarabangsa Terbaik TahunanVOTY 2009United Kingdom
Terbaik Dalam Kelas – Kategori Van KecilProfessional Van and Light Truck Awards 2009United Kingdom
Kereta Bisnes Ekonomik Paling PopularGlobal Entrepreneurs Award 2011China
CDV (Car Derived Van) Terbaik TahunanSouthern Metropolitan News 2010China
CDV TerbaikPameran Auto Beijing 2010China
Model BintangPameran Auto Beijing 2010China

* Ini merupakan SIARAN MEDIA RASMI pertama dari Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, pengedar jenama NISSAN di Malaysia. Blog ini telah terpilih sebagai salah satu saluran media untuk syarikat mereka. Terima kasih kepada Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd kerana sudi bekerjasama dengan blog Funtasticko Design. Diharap selepas ini lebih banyak syarikat & jenama lain akan jadikan blog ini sebagai media pilihan mereka… 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

23 Comments


  • NV200 tu kalau buat macam Avanza, sah laku. Memang ada versi penumpang pun tapi tatau la Tan Chong yang lembab tu nak keluarkan ke tak. Malah sekarang ni Dewan Bandaraya New York dah isytihar versi NV200 sebagai teksi baru di New York.

    RM62++k adalah sangat murah.


    • betul3x…saya sokong dengan komen di atas ini!

      nissan patut pasarkan all new vanette ni dengan versi bertingkap sepenuhnya.lebih pilihan instead of buying an avanza…


      • haisshhh,pasal persona elegance,xsilap akulah,prtn dah kluarkan surat makluman pada owner utk update ecu program coz ada bugs,dan dh diselesaikan oleh pengedar ecu tuh sendiri iaitu continental ag. Bukan ecu rosak@kong. Mcm vw n yg pkai enjin bmw prince,ada gak panggil update ecu coz ada bugs fixes. Priuspun ada dipanggil kerana masalah yg sama.

        Psl cvt tuh,blum pasti masalah cvt@aper coz mcm aku ckp dlm post sblm nih, yg tkr clutch pump sbb settle masalh jerking kat rpm bwh 1.6k, n punch dah rectifykan. Warranty sepenuhnya ditanggung oleh pihak punch coz prtn guna oem.

        Biasanya(xsemua),enjin xkan mati tiba2 klu gearbox problem. Tkt sbb xkemas kepala soket bateri coz dealer nih kdg2 xketat kemas2 coz masa kat stok yard,cabut kpl bateri. Byk kes mati enjin berlaku kerana kepala bateri xkemas,bleh rujuk forum owner prtn n eocm. Member aku pkai wish,masa br beli sebulan pun kena semasa bini dia drive. Tp nasib baik mati ketika idling,klu xnaya. Check2 kepala bateri punya angkara. Akupun kena kpl bateri longgar,member aku beli exopun kena. Tp nasib baik kami ni jenis periksa kepala bateri,periksa sume lampu,periksa wiper n etc yg item non covered by warranty,n test drive dulu satu raound nak check allignment, tyr ada bonggol2 n etc,pastu terus tulis kat borg yg kite tandatngan masa amik kete,sng nak claim. Klu dh tandatgn,br report utk non covered item, mmg klu masuk courtpun kalah coz kita dh sign yg kete dlm keadaan trouble free masa amik. So,hati2,bukan kete prtn ajek,sume kete coz ini adalah hak kita sbgai pengguna.

        Kes dashboard calar, mmg slh sc coz xhandle dgn baik. Mmg patut dimaki n diambil tindakan.

        Smoga pihak prtn amik serius utk rectify menda nih,xsemestinya kete lain ader prob yg sama,prtn dibenarkan utk buat kesilapan yg sama.

        Cume kita sbgai org malaysia,kena amik tahu gak,nak hentam,hak kita,tp jgn sampai nak tunjuk masalah ni hanya prtn jek yg ada,unik pada prtn ajek. Bacalah forum kete brand lain, product update,recall,problem sana sini adalah biasa ajek,tp xda la plak diaorg nak lapor kat internet blog2 terbuka,cume blog kelab ajek.

        Nak tegaskan sekali lagi, walu bagaimanapun.prtn ttp kena proaktif tangani masalah dan juga sc yg hampeh supaya masalah tidak berulang.


  • van nissan vanette tahun 1989 ayah saya masih elok lagi sampai sekarang walaupun sudah berusia lebih 20 tahun..memang terbukti jenama nissan tahan lasak dan yang penting minyak pun jimat.


  • News pasal van dan mini lori ni pun bole masuk FD mcm dh terlalu jauh scopenya..
    Hmm.. nampaknya latest2 info pasal P321a pun dah scrap..nak google psl p3 pasni dh x seseronok dulu dah… just wait n see depan tv smp launch…haishh..


  • bgs,bg aku,vanette serba baru mmg dinantikan coz ia merupakan van yg versatile n harga yg mampu milik. Stuju jika nissan kluarkan versi penumpang,sesuai utk org yg jual kuih n etc.


  • satu lg,kenapa jd camni,sbb org kita yg berpikiran tipikal malaysian yg duk kat sc nih. Segala mindset kite sume xtukar,selagi itulah menda ini berlaku.


  • sorry xckp off topic td, off topic,yg nih aku ckp sblm nih, org kiter,tggu jek bile ada brite kete problem,pastu gelak kau kau n kutuk. Klu cvt problem enjin mati,sume owner akan alami menda yg sama,tgh bwk mati enjin.

    Yg aku bacalah, satu@2 jek flx yg mati tiba2,ker satu jek,yg lain sbb jerking. Klu gearbox prob,speed akan reduce,lampu cvt(kat gear level indicator) akan nyala, bukan lampu kat dash yg check engine coz klu kpl bateri longgar@btr nak kongpun lampu tuh bleh nyala ketika driving coz engine tgh idup masa tuh.

    Klu nak check,lepas mati,cuba start smula,tgk nyala x lampu check engine,klu xnyala, maksudnya,bukan engine kebiasaannya.pastuh check lampu cvt kat gear lever,klu gbox problem,dia akan terus nyala. Klu xnyala,bukan msalah gbox.

    Tp tegaskan skali lg,prtn kena rectify masalah ni walupun bukan semua coz kena amik tau punca masalah walupun kpl bateri@apa2 aje puncanya.

    On topic, nissan vanette n single cab nih mmg antara pilihan yg value bg pengguna. Hrp2,prtnpun kena blajo dr nissan, klu platform tuh bleh jd single cab n van,why not buat ajek n jual rega yg rendah. Aku tabik nissan,walupun vannette skrg nih xler popular cam dulu,tp perubahan yg dibuat utk vannete br,mmg masyuk,dah xgaya cam van dah dlm die,mcm kete. Bgs2. Job well done

Leave a Reply