ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menangi sebuah Volvo XC40 dengan pembelian bahan api minima RM40 di stesen Caltex®

Berita Tempatan

Views

Chevron Malaysia Limited telah mengumumkan satu kempen seluruh negara khusus kepada warga Malaysia untuk mereka merasai sendiri bahan api yang telah menjana rekod dunia di stesen Caltex® berhampiran. Baru-baru ini Caltex® telah mencatat nama dalam Rekod Dunia Guinness® sebagai ‘Kereta terpantas mendaki Gunung Doi Chang’.

Kereta yang dipandu oleh pelumba profesional, Natasha Chang itu berjaya mengharungi pelbagai cabaran untuk memecahkan rekod tersebut. Caltex dengan Techron® telah dirumus khas untuk membersihkan dan melindungi enjin, akan membantu memberikan kuasa maksimum kepada tayar kereta anda.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Pengerusi Negara Chevron Malaysia, Shahid Ahmed berkata, bahan api Caltex dengan Techron® kini sudah terbukti untuk memastikan enjin kereta anda sentiasa menyahkan geseran, kehausan dan deposit enap cemar bagi pemanduan yang lebih baik, lancar dan tenang.

Mulai sekarang sehingga 31 Oktober 2019, pelanggan Caltex® berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah hebat semasa mereka mengepam petrol atau diesel dengan nilai minimum RM40 dalam satu resit di mana-mana stesen servis Caltex® di seluruh negara.

Kemudian WhatsApp penyertaan mereka ke nombor 018 299 9980 dan mengisi beberapa butiran peribadi, antaranya:

  • Nama penuh (mengikut kad pengenalan)
  • Nombor kad pengenalan
  • Tarikh transaksi
  • Amaun transaksi dalam Ringgit Malaysia (RM)
  • Nombor kad ahli Caltex® JOURNEY™ Card  (jika ada)

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi:

  • Hadiah utama: Volvo XC40
  • Hadiah kedua: Kad petrol Caltex® StarCash bernilai RM5,000 untuk 30 pemenang
  • Hadiah ketiga: Caltex JOURNEY™ Card dengan 5,000 BPoints + Techron® Concentrate Plus + Havoline® Pro DS Fully Synthetic untuk 30 pemenang

Pemenang hadiah ketiga juga bakal memenangi Hadiah Istimewa bulanan seperti:

  • Dashcam untuk 10 pemenang cabutan bertuah pada bulan Ogos 2019
  • Kamera GoPro untuk 10 pemenang cabutan bertuah pada bulan September 2019
  • Tayar Michelin bernilai RM2,000 untuk 10 pemenang cabutan bertuah pada bulan Oktober 2019

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai promosi Caltex® ‘Fuelled To Win’, layari www.caltex.com/my atau ikuti laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/Caltex.Malaysia/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply