ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menangi tiket MotoGP™ di siri jelajah Shell Advance

Views

Berita baik untuk pemilik motosikal di seluruh negara, terutamanya bagi pengguna minyak pelincir Shell Advance! Jenama minyak enjin motosikal yang terkemuka di Malaysia ini akan mengadakan pameran bergerak ke seluruh negara selama empat bulan mulai 7 Julai sehingga 29 Oktober 2017.

Pameran bergerak ini juga menandakan permulaan kempen jenama baru Shell Advance bertema ‘Redah Segalanya’, akan diadakan di beberapa lokasi terpilih. Pelbagai acara menyeronokkan dan barangan, termasuklah tiket ke MotoGP™ Shell Malaysia 2017, menanti para pengunjung di setiap lokasi. Senarai lengkap lokasi ada di www.shell.com.my/advanceroadshow.

Pengunjung boleh mencuba nasib dengan menyertai cabaran khas ‘elbow down’ di mana mereka boleh bergambar dengan pelbagai gaya di atas motosikal berkuasa tinggi dan muat naik gambar tersebut ke media sosial bagi melayakkan mereka ke ‘putaran nasib’ Shell Advance untuk memenangi hadiah segera.

Pembeli mana-mana produk Shell Advance semasa pertunjukan bergerak tersebut juga layak untuk menyertai cabaran ujian masa simulator motosikal. Sepuluh peserta dengan masa terbaik di setiap lokasi pertunjukan bergerak akan memenangi dua (2) tiket ke MotoGP™ Shell Malaysia 2017. Di samping itu, mereka yang membeli mana-mana produk Shell Advance Ultra, AX 7 dan AX 5, layak menyertai peraduan pertunjukan bergerak di mana mereka berpeluang untuk memenangi lima topi keledar Shark yang dibuat khas bernilai RM1250 setiap satu.

Siri jelajah Shell Advance di seluruh negara pada tahun ini juga telah dirancang untuk mempertingkatkan kemahiran mekanik motosikal dan memberi insentif kepada mereka yang mempunyai keinginan dan komitmen untuk memperbaiki diri mereka. Mereka akan dilatih oleh jurulatih profesional di beberapa lokasi terpilih. Latihan ini juga merupakan sebahagian daripada siri Masterclass Shell Advance yang eksklusif untuk memberi panduan kepada mekanik mengenai cara-cara untuk menyenggarakan sembilan komponen utama motosikal dengan betul.

Mekanik berdaftar yang berjaya menghabiskan kesemua lapan modul menjelang 30 September 2017 akan diberi dua tiket ke MotoGP™ Shell Malaysia 2017 sebagai insentif beserta sijil dari Shell Malaysia. Menurut Pengurus Pemasaran Shell Lubricants – Malaysia dan Singapura, Alex Lim, syarikat tersebut merancang untuk membantu mempertingkatkan kemahiran hampir 2,400 orang mekanik, yang kebanyakannya memperolehi kemahiran mereka dengan cara belajar sendiri atau semasa bekerja.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply