ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menteri dari China lawat kilang baharu Proton di Tanjung Malim

Berita Tempatan

Views

Kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim hari ini telah menerima kunjungan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Yang Berhormat Encik Miao Wei. Ia merupakan sebahagian daripada lawatan kerjanya ke Malaysia. Beliau diiringi oleh YB Tuan Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pegawai-pegawai kerajaan dari kedua-dua negara.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Lawatan tersebut telah dihoskan oleh Datuk Seri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton bersama Encik Li Shufu, Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group. Ketika lawatan tersebut, beliau diberi taklimat mengenai perancangan perniagaan semasa dan masa depan Proton sebelum menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara Proton Edar Sdn Bhd, Altel Communications Sdn Bhd dan ECarX (Hubei) Technology Co. Ltd, China.

Syarikat usaha sama yang baharu ini akan memberi manfaat kepada Proton dalam pelbagai cara terutamanya bidang teknologi digital dan sistem sambungan kereta. X70 merupakan model Proton yang pertama dilengkapi dengan ciri-ciri sambungan tersebut dan ciri-ciri ini turut dilengkapi pada model Iriz, Persona dan Exora 2019.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Proton kini sedang menguji pemasangan secara tempatan model X70 berikutan kilang pemasangan baharunya di Tanjung Malim yang bernilai RM1.2 billion hampir siap. Pengeluaran percubaan secara semi automatik telahpun dijalankan meskipun fasiliti semakan akhir, cat dan pemasangan masih belum proses siap sepenuhnya.

Pengeluaran X70 di Tanjung Malim bakal bermula pada separuh kedua tahun ini dan mereka kini berusaha keras untuk memastikan sasaran yang ditetapkan mampu dicapai. Menurut Datuk Sri Syed Faisal Albar, ia merupakan satu pencapaian yang luar biasa kerana kilang pemasangan terbaharu itu mula beroperasi hanya dalam tempoh kurang dari dua tahun sejak perjanjian antara DRB-Hicom dan Geely ditandatangani.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply