Polis menahan 11 penunggang motosikal selepas didapati menunggang secara berkumpulan dalam keadaan berbahaya di Jalan Telok Mas di Melaka, malam kelmarin.
Menurut Berita Harian, kumpulan terbabit sebelum itu dikatakan mengadakan perarakan di jalan itu dengan membawa bendera Palestin bagi menzahirkan tanda simpati terhadap warga negara itu yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis. Bagaimanapun tindakan mereka yang menunggang secara berbahaya membawa padah.
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata kira-kira jam 8 malam pihaknya menerima laporan mengenai tindakan kumpulan itu yang membawa bendera Palestin dengan menunggang motosikal.
Hasil siasatan dijalankan terhadap dua klip video tular berdurasi 23 saat dan 30 saat itu dimuat naik ke Facebook mendapati tindakan kumpulan motosikal itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya yang lain.
Susulan itu seramai 11 individu dipanggil ke Balai Polis Kandang untuk memberi keterangan sebelum ditahan. Semua yang ditahan itu berusia antara 17 hingga 30 tahun bagaimanapun tiga daripada mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?
Lapan lagi dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam bagi mendapatkan permohonan reman ke atas mereka untuk siasatan lanjut. Semua mereka direman dua hari hingga hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang/ memandu kenderaan dalam keadaan melulu dan merbahaya serta Peraturan 10 (Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021) iaitu tiada seorang pun dengan apa-apa cara boleh menyertai atau terbabit dengan perarakan.
Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, pihak polis menasihatkan ibu bapa khususnya agar memantau dan sentiasa mengawasi pergerakan anak- anak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
KOMEN TERKINI