ARKIB

KATEGORI

Buletin

Merajuk kerana disisihkan Proton, ‘Exora tak jadi’ bawa diri ke Indonesia – Bakal guna lencana Aletra, versi EV

Berita Global

Views

Mungkin ramai pembaca laman sesawang ini ada terbaca mengenai kisah model ‘Proton Exora tak jadi‘ atau Geely Jiaji versi 2025 di China dalam artikel terdahulu kan?

Sepatutnya, ia adalah salah satu model yang akan memakai ‘lencana kepala harimau’ untuk menggantikan MPV tujuh-tempat duduk yang telahpun ditamatkan pengeluarannya itu.

Tidak pasti apa yang telah berlaku, namun perancangan tersebut telah berubah dan cadangan untuk menggantikan Exora telah lenyap begitu sahaja.

Sebaliknya, ia telah digantikan dengan model SUV tujuh-tempat duduk X90 yang berasaskan model Geely Haoyue. Baiklah, kita ‘tutup buku’ pasal kisah tersebut.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Mungkin kerana merajuk kerana disisihkan Proton, ‘Exora tak jadi’ telah lari membawa diri ke negara jiran kita iaitu Indonesia.

Apa yang menarik, bukan versi pembakaran dalaman (ICE) yang akan dibawa masuk ke sana, tetapi versi elektriknya (EV) yang tiba dengan menggunakan lencana Aletra.

Syarikat tersebut adalah sebahagian daripada syarikat PT. Sinar Armada Globalindo atau PT. SAG yang telah menjalinkan kerjasama eksklusif dengan Livan Auto dari Kumpulan Geely pada 2023.

Ini bermakna, Aletra akan membawa unit pemanduan kanan (RHD) Geely Jiaji ke pasaran Asia Tenggara tanpa memerlukan sebarang bantuan dari Proton di Malaysia.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Aletra juga telah memulakan ‘propaganda awal’ dengan menyiarkan iklan acah model pertamanya menerusi laman sosial. Jelas, ia memperlihatkan susuk tubuh sebuah MPV yang ‘saling tak tumpah’ seperti Jiaji.

Untuk versi EV, model asal MPV ini dikenali dengan nama Livan Maple 80V di pasaran China. Ia dikuasakan oleh motor elektrik tunggal di hadapan berkuasa 136 PS dengan daya kilas maksima 230 Nm.

Model ini dijana oleh bateri lithium besi fosfat (LFP) dengan dua kapasiti berbeza iaitu 50.4 kWj dan 68.08 kWj. Untuk kapasiti bateri 50.4 kWj, ia menawarkan jarak pandu sehingga 407 km (CLTC).

Manakala, versi dengan kapasiti bateri 68.08 kWj pula memberikan jarak pandu sehingga 515 km (CLTC). Model MPV elektrik ini dijangka membuat penampilan di Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW) yang akan berlangsung pada 22 November hingga 1 Disember nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Aletra

Foto Livan Maple 80V

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply