ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mercedes-Benz terajui pasaran kereta mewah di Malaysia dan Global tahun 2016

Views

Tahun 2016 merupakan prestasi terbaik dalam sejarah Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dengan mencatat rekod jualan 11,779 unit kenderaan. Syarikat yang menyambut ulang tahun ke 130-nya pada tahun lalu, meuntup tirai 2016 sebagai peneraju pasaran kereta mewah di pasaran Malaysia dan global.

Mercedes-Benz turut mencatat peningkatan dua digit sebanyak 11.3 peratus dengan jualan melebihi dua juta unit di seluruh dunia. Di Malaysia, jualannya meningkat pada 2016 sebanyak sembilan peratus mengatasi tahun 2015. Prestasi tersebut membolehkan Mercedes-Benz berada di tempat teratas segmen mewah dengan 2.4 peratus pegangan pasaran. Sebanyak 17 model telah dilancarkan pada 2016 dan bulan Jun 2016 mencatatkan rekod jualan tertinggi dengan 1,203 unit.

Jualan pada suku kedua 2016 pula merupakan suku yang terbaik dengan jualan 3,359 unit dan buat pertama kalinya Mercedes-Benz Malaysia berjaya melepasi angka jualan 11,000 unit. Jualan keseluruhan model limosin Mercedes-Benz C-, E-, dan S-Class, berjaya mencatat 7,750 units. Model kompak Mercedes-Benz A-Class, B-Class, GLA dan CLA mencatatkan jualan keseluruhan 2,316 unit dengan SUV yang baharu sahaja dilancarkan itu telah berjaya dijual sebanyak 1,671 unit.

Mercedes-Benz GLC merupakan model paling popular dengan rekod jualan 1,421 unit, diikuti dengan GLE sebanyak 250 unit. Jumlah jualan tertinggi adalah diterajui oleh model Mercedes-Benz C-Class sebanyak 4,762 unit, diikuti oleh E-Class sebanyak 2,034 unit. Model S-Class, melengkapkan carta tiga tempat teratas dengan jualan sebanyak 954 unit. Mercedes-Benz Dream Cars pula merekodkan jumlah jualan 301 unit.

Sebanyak 108,226 kenderaan telah dihantar ke pusat servis pada 2016 dan pada masa yang sama juga syarikat telah mencapai indeks kepuasan pelanggan yang tertinggi dalam sejarah. Tahun lalu, seramai 25 orang perantis dari Akademi Latihan Mercedes-Benz telah berjaya menamatkan pengajian dan terus diserap masuk ke pusat pengedar bertauliah Mercedes-Benz di seluruh negara, manakala 30 perantis baharu akan memulakan latihan di pusat tersebut.

Dalam tahun 2016 juga Mercedes-Benz, berjaya mencapai Markah CSI tertinggi untuk jualan, lepas jualan dan perkhidmatan kewangan sekaligus menjadikannya nombor satu dalam Kajian Penanda Aras Kompetitif. Pertambahan permintaan menyaksikan kilang pengeluaran di MBM Pekan yang kini mengeluarkan lapan model seperti Mercedes-Benz C180 Avantgarde, C200 Exclusive, C200 Avantgarde, C250 AMG, E-Class baharu, S400h AMG, dan SUV pemasangan tempatan terbaharunya, GLC250 AMG, serta model plug ini-hibrid pemasangan tempatan pertama, Mercedes-Benz C350e.

Untuk tahun 2016, kilang pengeluaran di Pekan berjaya menghasilan sebanyak 7,882 sekaligus mencatatkan pengkatan 2.2 peratus berbanding tahun sebelumnya. Selain jualan kenderaan, MBM juga telah melebarkan sayap kepada inisiatif gaya hidup khusus buat peminat jenama tersebut melalui penganjuran acara seperti Mercedes-Benz Golf Trophy, Mercedes-Benz Stylo Asia Fashion Week, pemanduan SUV, Ultra Music Festival dan Urban Hunting.

MBM juga tidak melupakan tanggungjawab sosial korporatnya yang mempunyai empat teras utama, keselamatan jalan raya, seni dan budaya, serta pelaburan dalam pengetahuan dan sukarelawan korporat. Untuk tahun 2016, MBM telah meyumbangkan sebanyak RM200,000 melalui pelbagai inisiatif yang membantu pembangunan masyarakat Malaysia. Antaranya adalah melalui penajaan Program Sewa Percuma Kerusi Kanak Kanak melalui inisiatif MobileKids, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac), selain tiga sekolah rendah vernakular Monfort Boys Town, dan NGO pendidikan dan institusi, Teach for Malaysia.

Selain itu kakitangan MBM turut terlibat dalamprogram pembersihan pantai, menyertai acara larian Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon, sumbangan RM20,000 kepada Hospis Malaysia dan meneruskan tradisi meraikan kanak kanak semasa musim perayaan dengan acara penutup tahun lalu, semasa perayaan Krismas dengan inisiatif Shoebox.

Prestasi membanggakan MBM turut dipengaruhi dengan peningkatan permintaan untuk kenderaan Mercedes-Benz di rantau Asia-Pasifik yang meningkat sebanyak 19.3 peratus berbanding tahun 2015 yang berjumlah 734,169 unit kenderaan. Malaysia telah disenaraikan sebagai penyumbang dalam pertumbuhan terbaik dalam sejarah bersama-sama beberapa negara Asia-Pasifik lain seperti Jepun (+3.5 peratus), Korea Selatan (+25 peratus), Australia (14.8 peratus) dan Taiwan (17.4 peratus).

KLIK UNTUK BESARKAN

Photo 1 Photo 2(1) Photo 3(1)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply