ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mereka dah insaf – Dulu bertumbuk, sekarang berkawan

Berita Tempatan

Views

Mesti anda msih ingat kes pergaduhan di Plaza Tol Bukit Kiara baru-baru ini? Menerusi coretan Facebook salah seorang dari mereka Mohamad Fazrien Mohd Ziear, kenangan 20 September 2019 menjadi memori dan kesedaran pada mereka terutama sekali buat dirinya. Katanya Allah telah menemukannya dengan Ng Whye Hong untuk memberi pengajaran kepadanya.

Menurut Harian Metro, mereka berdua kini semakin akrab selepas menerima hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 akibat bertumbuk di Plaza Tol Bukit Kiara, 17 September lalu. Hukuman itu dijatuhkan Majistret Noorasyikin Sahat pada Jumaat lalu selepas kedua-duanya mengaku bersalah mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Mohamad Fazrien berkata, dia bersama Ng mula berasa menyesal ketika mereka berada di dalam lokap Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bersama hampir 50 banduan lain. Kata Mohamad Fazrien, timbul keinsafan dalam diri setelah melihat suasana dan keadaan mereka (banduan) di dalam lokap itu hampir tujuh jam.

Cara percakapan, tingkah laku dan kebersihan diri banduan lain menakutkannya dengan Ng. Ketika itulah mereka mula berbual dan masing-masing menyesal dengan sikap, emosi serta ego semasa kejadian itu. Tambah Mohamad Fazrien, sesungguhnya hukuman yang diberikan amat memberi keinsafan buat dirinya dan dia pasti tidak akan mengulangi perkara melanggar undang-udang.

Walaupun sekejap berada dalam tahanan, tetapi berasa dirinya seperti hilang segala nikmat dan kehidupan juga berubah sama sekali. Ng turut memberitahunya, jika situasi sama berlaku padanya dia tidak akan turun melawan, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Menurutnya, pengguna jalan raya perlu sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak menjadikan sikap ego menguasai diri kerana ia memakan diri sendiri sehingga menjadi samseng jalanan. Nasihatnya kepada semua, sentiasalah ingat orang tersayang dan bertimbang rasa serta bertolak ansur ketika di jalan raya.

Undang-undang dicipta bukan untuk menghukum, namun tujuan utamanya untuk mendidik dan itu yang berlaku terhadap dirinya. Tambahnya lagi, soal siapa salah, siapa menang dan siapa sakit dalam kejadian itu biarlah menjadi kenangan dan rekod peribadi mereka.

Sebelum ini, pergaduhan mereka tular di media sosial dan rata-rata warganet mencemuh dan mengecam sikap mereka yang tidak dapat menyelesaikan masalah dengan cara berhemah. Syukurlah mereka dah insaf, semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply