ARKIB

KATEGORI

Buletin

Merusuh dan bakar ‘suar’ di Batu Pahat – Mat Rempit ditahan

Tular

Views

Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan polis Johor bagi membantu siasatan susulan insiden merusuh, membakar suar dan menaikan kain rentang dengan tulisan ‘Kerajaan Gagal’ yang tular sejak pagi semalam. MalaysiaGazette melaporkan,

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah yang mengesahkan perkara itu memberitahu, pihak polis menerima beberapa panggilan telefon mulai jam 12 pagi hingga 1 pagi melaporkan aktiviti Mat Rempit di kawasan Parit Raja.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Katanya, siasatan awal pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain rentang yang dinaikkan semasa perhimpunan berkenaan adalah kain rentang yang sama yang digantung di jejantas berkenaan.

Sehingga kini pihak polis telah menangkap seorang lelaki (21 tahun) yang dipercayai boleh membantu siasatan polis. Ismail berkata, pada jam 11.04 pagi anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menerima maklumat daripada orang awam melalui telefon menyatakan ada satu kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ telah digantung di Jejantas Jalan Parit Raja menghala ke Ayer Hitam, Batu Pahat.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Susulan itu, beberapa anggota dari Balai Polis Parit Raja telah pergi ke lokasi itu dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan oleh orang awam. Pada hari yang sama kira-kira jam 7.36 malam satu laporan polis telah diterima, pengadu menyatakan semasa dia melayari satu laman sosial telah terkesan rakaman video satu perhimpunan, pembakaran suar dan kejadian menaikkan kain rentang yang tertulis ‘Kerajaan Gagal’.

Ujar beliau, pihaknya difahamkan pengadu juga mendapati perhimpunan tersebut tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Polis juga akan mengesan saki baki individu yang terlibat bagi membantu siasatan terperinci.

Menurut Ismail, tindakan pencegahan dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan di daerah Batu Pahat, khususnya kawasan Parit Raja. Kes disiasat di bawah Sek 144 KK/ Sek 269 KK dan Sek 8 Akta Bahan Letupan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil atau menghubungi Balai Polis Parit Raja di talian 07-4541222 atau IPD Batu Pahat di talian 07-4363300.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply