Rasa terpanggil untuk kongsikan nasihat dari rakan lama kami Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai isu ini. Di negara kita, memang ramai meminati kenderaan yang mempunyai bumbung suria (sunroof) kerana ia dianggap satu lambang kemewahan dan boleh dibanggakan.
Sampai ada yang sanggup mengeluarkan wang tambahan untuk membuat bumbung suria sendiri di bengkel luar. Sebenarnya tiada masalah dengan memiliki kenderaan yang ada ciri tersebut, yang menjadi masalah, sekiranya anda membenarkan anak-anak berdiri dan keluar separuh badan menerusinya.
Memang lumrah kanak-kanak berbuat demikian, namun perbuatan ini berbahaya dan anda perlu menegahnya. Sepanjang beliau bertugas sebagai doktor, Dr Kamarul Ariffin pernah melihat ada beberapa kes di hospital atau klinik, yang berpunca daripada salah guna bumbung suria ini.
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
Kes 1
Seorang budak lelaki 5 tahun separa lumpuh kerana semasa kepalanya berada di luar, sehelai beg plastik yang berterbangan di jalan raya, melayang ke mukanya lalu menyebabkan kepalanya tertolak dengan ke belakang.
Daya kilas dan hentakan leher budak itu pada salah satu sisi bukaan bumbung suria menyebabkan tulang leher patah dan merosakkan saraf tunjangnya. Itu baru sehelai beg plastik sahaja. Cuba bayangkan jika ia objek lain yang lebih berat.
Kes 2
Seorang budak perempuan 8 tahun, pecah hati dan kura(sleen) apabila bapanya melakukan brek kecemasan untuk mengelak lori yang menukar lorong dengan melulu. Inersia menyebabkan budak yang sedang berdiri separa di luar bumbung tertolak ke hadapan.
Abdomennya terhentak di sisi hadapan bukaan bumbung suria dengan kuat sehingga menyebabkan organ dalamannya pecah. Pembedahan untuk membuang sebahagian hatinya terpaksa dibuat untuk menghentikan pendarahan.
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
Kes 3
Seorang kanak-kanak 4 tahun, bengkak batang hidung dan kening kerana mukanya tersangkut di pemanis di bumbung garaj ketika ayahnya parkir kereta. Kereta perlahan sahaja, tapi kecederaan itu agak serius.
Walaupun di kawasan kampung atau rumah sekalipun, jangan benarkan mereka keluar dari bumbung suria, kerana malang tak berbau. Kadang-kadang ia berlaku dalam keadaan yang tidak jangka.
Bahaya tak?
Jadi, latih anak-anak menjaga keselamatan diri mereka semasa menaiki kenderaan. Pastikan mereka duduk di tempat duduk atau kerusi keselamatan kanak-kanak dengan memakai tali pinggang keledar. Terangkan pada mereka mengapa perlu duduk dengan betul dalam kenderaan.
Oh ya! Sebelum memulakan perjalanan, bacalah doa menaiki kenderaan. Apabila sudah sampai ke destinasi, jangan lupa periksa semua tempat duduk, bimbang tertinggal anak di dalam kereta. Sudah banyak kes terlupa, dan tertinggal anak dalam kereta kan?
Beringat sebelum kena! Semoga info ini bermanfaat.
JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?
JOM BACA >> Daimler sah jual 50 peratus saham Smart kepada Geely
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari
JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancar 3 April?
KLIK UNTUK BESARKAN
Orang Malaysia je macam ni. Jakun. Temperate climate country guna sun roof ni nak jimt guna heater waktu musim sejuk, jadi guna haba daripada matahari sahaja. Orang Melayu? Nak hisap rokok dalam kereta nak bagi asap keluar.